Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Masak Nasi Tomato Paling Mudah Nak Buat. Resepi Yang Lengkap Siap Ada Ayam Masak Merah Dan Dalca Daging Yang Awesome!
Dah lama teringin nak makan nasi tomato dengan ayam masak merah. Tapi rasa betul-betul malas nak buat. Cuma ye lah,kalau ad acara yang cepat dan mudah nak buat kan best. Hehe
Mujur jumpa resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Tahrunnisah Jali ni. Beliau kongsikan cara nak buat nasi tomato yang mudah siap dengan ayam masak merah yang awesome!
Tak lupa juga pelengkap hidangan kita iaitu dalca telur dan hati lembu dan juga sayur! Bila dah ada semua ni, boleh makan dari tengah hari bawa ke malam. Setel tak perlu masak banyak-banyak kali.
Jom saya kongsikan bahan-bahan yang digunakan dan cara nak buat hidangan nasi tomato dengan geng-geng nya ni yang lengkap!
RESEPI NASI TOMATO
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 2 cawan beras basmathi
- 2 ½ cawan air
- sedikit halia
- 1 ½ biji bawang besar sederhana saiz potong dadu
- 2 ulas bawang putih potong dadu
- bahan penumis, ( kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
- 3 sudu besar tomato paste
- 1 kiub pati ayam
- sebatang serai diketuk
- ½ cawan susu cair
- 1 sudu besar minyak sapi
- dan sedikit minyak tuk menumis
- garam
- daun pudina dan bawang goreng sebagai hiasan
CARA PENYEDIAAN NASI TOMATO :
▶ Bersihkan beras basmathi dan rendam sekejap, lebih kurang 15 minit ke 30 minit
▶ Dalam kuali, panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia serta bahan penumis
▶ Tumis sehingga naik bau. Masukkan tomato paste, serai, kacau sebati..
▶ Kemudian toskan beras dan masukkan dalam rice cooker dan masukkan bahan tumis tadi serta air dan garam. Tanak seperti tanak nasi biasa.
▶ Bila dah masak baru kacau perlahan- lahan supaya nasi tak patah ye.
## sukatan air bergantung pada beras yang digunakan. Jika basmathi biasa 1 cawan beras airnya 1 ½ cawan
Nasi dah siap, tak lengkap lah nak makan nasi tomato tanpa ayam masak merahnya. Wah, saya pulak jadi tak sabar nak makan nasi tomato ni. Jom saya kongsikan caranya.
RESEPI AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- ½ ekor ayam (dipotong kecil)
- 2 sudu besar cili kering yang telah direbus dan di kisar
- 2 sudu besar tomato paste
- 2 sudu besar sos cili/sos tomato
- garam
- gula
- minyak untuk menumis
- dan bawang besar dipotong bulat untuk hiasan
BAHAN KISAR :
- 2 biji bawang besar saiz sederhana
- 3 ulas bawang putih
- sedikit halia
BACA JUGA: Resepi Mudah Ayam Bakar Cili Padi Marvellous! Tak Perlu Pencicah Makan Macam Tu Je Pun Dah Sedap!
CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK MERAH :
▶ Ayam dipotong kecil dan dibersihkan serta ditoskan
▶ Kemudian digoreng dengan garam dan kunyit.
▶ Kisar bawang besar, bawang putih dan halia
▶Tumis bahan kisar dan lada sehingga pecah minyak. Tumis biar agak lama dengan
api perlahan
▶ Masukkan tomato paste, sos cili/sos tomato
▶ Dah agak kering masukkan gula dulu dan masukkan air sedikit dan perasakan
dengan garam
▶ Masukkan bawang besar yang dipotong bulat nipis.
Mudah dan simple cara ayam masak merah ni. Selama ni memang bercinta sikit nak buat sambal, nak kena masak lama dengan percikan minyak di dinding dapur dan sebagainya. Bila dah jumpe yang senng, cepat lah sikit siap memasak!
Sebelum terlupa, saya kongsikan resepi dalca daging, hati dan paru lembu. Waah! Mewah betul nama masakan ni.
RESEPI DALCA DAGING, HATI DAN PARU LEMBU
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 300 gm daging lembu dipotong kecil
- hati lembu dipotong kecil
- paru lembu (dipotong dan direbus terlebih dahulu biar empuk)
- 2 biji bawang besar sederhana saiz
- 3 ulas bawang putih
- 3 sudu rempah dalca
- 1 mangkuk santan
- sedikit halia
- sedikit air asam jawa
- bahan penumis (bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis)
- Minyak masak
- Sedikit gula dan garam
- Kacang Panjang
- Terung
- Bendi
- Ubi kentang
- Lada hijau
- Lobak merah
CARA PENYEDIAAN DALCA DAGING, HATI DAN PARU LEMBU :
▶ Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar halus serta bahan penumis sehingga naik bau.
▶ Kemudian, masukkan rempah dalca. Biarkan ia sebati dan pecah minyak.
▶Masukkan sedikit air dan masukkan daging lembu. Biarkan daging masak dengan empuk.
▶ Seterusnya barulah masukkan hati dan paru lembu. Diikuti dengan santan. Perasakan dengan gula dan garam.
▶ Jika agak pekat, masukkan sedikit air dan juga air asam jawa.
▶ Setelah mendidih, masukkan sayur-sayur yang telah dipotong. Biarkan sehingga dia masak.
Nasi tomato ni bukan hanya makan dengan ayam masak merah dan dalca. Tapi lebih sedap jika ada sedikit sayur yang melengkapkan rasa dalam setiap suapan.
RESEPI ACAR TIMUN
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Timun (dipotong memanjang dan buang empulurnya)
- Lobak merah ( dipotong memanjang)
- Nenas (dipotong kecil)
- Bawang ( mayang halus)
- Sedikit cuka
- Gula dan garam
- Air kapur
CARA PENYEDIAAN ACAR TIMUN :
▶ Timun, bawang dan lobak yang telah dipotong, rendamkan sekejap dengan air kapur untuk lebih merangupkan. Rendam dalam 5 minit macam tu je.
▶ Kemudian bilas dan bersihkan bahan-bahan. Masukkan ke dalam satu bekas.
▶ Masukkan sedikit cuka, garam dan gula. Akhir sekali masukkan nenas
▶ Siap dan boleh simpan dalam peti sejuk dulu!
Macam mana semua? Mudah kan nak buat nasi tomato. Tak perlu lah beli dekat kedai dah. Sebab kita dah tahu cara paling simple dan mudah nak buat nasi tomato ni.
Sekali buat, hidangkan untuk family tercinta confirm mereka akan suka. Silap-silap minta buatkan lagi nanti. Seronok bila masak, ramai yang suka ni, puas hati!