Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan. Sekali Pandang Nampak Macam Kuih Lapis!

0 271

Sekali pandang nampak macam kuih lapis. Dua kali pandang pun masih macam kuih lapis. Tapi bukan ye. Ni bukan kuih lapis, ini adalah puding guna 3 bahan. Jom try resepi puding biskut cream creaker ni. Simple je, rasanya pun sedap!

Dessert ni boleh dibuat warna warni dan banyak lapis. Nak buat warna pelangi pun boleh. Puding ni korang hidang untuk jamuan sangatlah sesuai. Boleh disimpan dalam peti sebelum di makan. Baru syok masuk mulut nanti. 

Buat puding biskut ni tak guna banyak bahan ye. Hanya perlukan biskut, telur, susu pekat dan pewarna. Hanya perlu blend semua bahan dan kukus setiap lapisan satu persatu-satu. Kukus 10 minit, 10 minit je. Make sure blend halus tau semua bahan ni. 

Resepi puding biskut cream cracker ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Siti Aishah Hussin. Boleh kukus dalam loyang atau guna acuan kuih lompang. Nak mudah pakai acuan kuih lompang je, tak payah nak potong lagi. 

Siapa pernah try buat puding ala kuih lapis ni. Mesti korang suka kan. Boleh jadikan hidangan minum petang. Macam-macam jenis puding yang ada. Tapi versi ni nampak menarik dan tak guna banyak bahan pulak tu.

 

RESEPI PUDING BISKUT CREAM CRACKER

Tanpa membuang masa, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan puding biskut cream cracker ni. Memang teruja tengok hasilnya. Step penyediaan boleh rujuk dibawah.

Bahan-bahan diperlukan adalah :  
  • 24 keping biskut cream cracker
  • 4 biji telur
  • 1/2 cwn susu pekat
  • Pewarna

CARA PENYEDIAAN PUDING BISKUT CREAM CRACKER : 

▶️ Rendam biskut dalam air panas sampai kembang dan toskan.

▶️ Masukkan semua bahan dalam blender.

▶️ Blender sampai halus.

▶️ Bahagikan 3 warna.

▶️ Tuang warna pertama. Kukus 5 minit.

▶️ Lapiskan lagi sampai habis.

▶️ Yang last kukus lagi 10 minit.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Tepung Rempeyek Atau Tumpi Yang Rangup Dan Sedap. Ralit Makan Kerepek Ni Tau!

 

First time buat puding biskut ni. Rupanya ada jugak puding yang mudah nak buat guna biskut cream creaker je. Baru tahu hari ni. Step pun ulang-ulang. Yang buat dalam loyang, kena tunggu puding sejuk dulu baru boleh potong ye.

Potong awal-awal nanti tak cantik pulak bentuknya. Puding ni rasa lemak berkrim. Boleh simpan dalam peti dulu sementara tunggu nak makan. Hidang puding ni sejuk-sejuk sedap tau. Tak cukup sekstul dibuatnya!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Siti Aishah Hussin kerana sudi berkongsi resepi puding biskut cream cracker guna 3 bahan ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open