Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Kasturi Yang Mudah Dan Sedap. Rugi Tak Cuba Kuih Orang Dulu-Dulu Ni. Memang Sedap!

0 809

Ada tak yang suka makan kuih kasturi kat sini. Kuih ni antara kuih orang dulu-dulu yang mudah dibuat dan sedap di makan. Hanya perlukan kacang hijau, kelapa parut, gula, tepung dan bahan salutan untuk menggoreng. Jom follow resepi kuih kasturi kat sini. Confirm menjadi!

Kuih kasturi ni juga di kenali sebagai kuih rengas atau kuih kacang hijau. Ianya merupakan kuih tradisional orang Melayu yang tak renyah dibuat. Kuih ni akan di goreng selepas di salut dengan adunan tepung. Makan panas-panas memang tak jukup sebijik tau.

Kuih ni juga biasanya di jual di gerai-gerai tepi jalan waktu pagi dan petang. Ada juga yang jual kuih ni kat pasar malam. Pasar malam kan biasanya dah buka petang-petang pukul 3 macam tu. So, mesti ada yang akan jual kuih-kuih goreng macam ni.

Untuk yang suka makan kuih kasturi, apa kata korang follow resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Masni Bahari ni. Nampak rangup di luar dan lembut didalam. Esok kan hujung minggu, mesti korang nak buat kuih untuk minum petang kan. Bolehlah buat kuih ni.

Kacang hijau ni elok juga untuk badan kita. Sekali sekala makan memang elok. Boleh dibuat kuih, bubur, ais krim dan macam-macam lagi. Kalau nak hilangkan panas kat dalam badan, kacang hijau ni antara kekacang yang boleh digunakan sebagai ubat.

 

RESEPI KUIH KASTURI

Tanpa membuang masa, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kuih kasturi ni. Dah lengkap semua bahan bolehlah start buat kuih ni. Rugi kalau tak belajar cara buat kuih orang dulu-dulu ni tau.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 cwn kacang hijau
  • 1/2 cwn kelapa parut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Gula ikut suka masing-masing
  • Sedikit garam

 

Bahan untuk adunan tepung salut :
  • 1 cwn tepung beras
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk soda
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • Sedikit pewarna kuning
  • Air untuk bancuhan

CARA PENYEDIAAN KUIH KASTURI :

▶️ Rebus kacang hijau sampai empuk.

▶️ Kemudian, tuang tepung kelapa parut, gula dan garam.

▶️ Masak sampai kering. Bila dah kering sejukkan dah boleh bentukkan bulat.

▶️ Dah bulat, leperkan dan ketepikan.

▶️ Satukan semua bahan kecuali air dalam adunan tepung salut. Kacau serata.

▶️ Kemudian, tuang air sikit demi sikit.

▶️ Bancuhan jangan telalu cair ye. Panaskan minyak dan dah boleh celup kacang hijau yang ditekap tadi.

▶️ Goreng hingga kekuningan dan angkat.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Lengkap Nasi Kerabu Yang Sedap Dan Menjadi. Puas Hati Makan Dengan Lauk Penuh Macam Ni!

 

Dah siap pun kuih kasturi kita! Mudah je kan. Step yang ambil masa sedikit adalah proses nak rebus kacang hijau tu. Tapi step lain semuanya mudah. Untuk penggunaan gula pula, korang boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Kalau Kalau tak suka manis, korang boleh kurangkan.

Adunan tepung tu pula boleh diwarnakan dengan pewarna kuning untuk cantikkan kulit kuih kasturi. Kalau tak nak letak pun takde hal. Warna kuih akan berbeza sedikit dari warna yang ada kat gambar ni. Warna tak effect rasa. So, tak kisah pun nak letak ataupun tak.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Masni Bahari kerana sudi berkongsi resepi kuih kasturi yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open