Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Laksa Johor Paling Sedap Dan Viral 15K. Nikmat Giler Makan Laksa Ni Guna Tangan!
Hari ni jiran bagi laksa Johor. First time nak cuba makan ni. Sebab aku tak berapa reti nak makan benda yang jarang aku makan. Rupanya sedap weh! Apa lagi, terus aku cari resepi laksa Johor yang viral kat Facebook.
Finally jumpa jugak resepi laksa Johor yang viral ni. Tengok kat gambar pun dah sama dengan jiran aku bagi. Apa lagi, aku ushaa la resepi dia satu persatu. Bermula dari bahan-bahan dan step penyediaannya. Nampak mudah ye!
Apa yang menariknya mi laksa Johor ni menggunakan mi spaghetti. Makan guna tangan pulak tu. Tak payah guna sudu dan garfu. Sedap weh makan laksa Johor ni guna tangan. Nikmat dia lain macam. Try la korang buat nanti.
Bagi aku, kalau nak makan laksa ni kena buat dalam kuantiti yang banyak. So, sesuai hidang bila nak makan ramai-ramai dengan family. Kalau sorang makan, tak berbaloi nak buat. Sebab banyak jugak bahan nak sediakan tu.
Resepi laksa Johor ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zalifah Hj Denan. Bila search je kat Facebook, terus resepi ni yang menarik perhatian aku. Apa lagi, terus aku save dan share jugak kat korang. Boleh buat hujung minggu ni.
RESEPI LAKSA JOHOR
Unik kan laksa Johor ni. Ulam-ulam yang ada dalam laksa Johor ni sama je dengan laksa biasa. Kalau nak tahu resepi lengkap laksa Johor ni, meh kita tengok satu persatu bahan-bahan dan step penyediaannya di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Mi spaghetti
Bahan blender :
- Sebiji bwg besar
- 4 biji bwg merah
- 4 biji bwg putih
- 3 batang serai
- 8 tangkai cili kering
Bahan lain :
- Kerisik (1/2 biji kelapa)
- 1/2 biji kelapa santan (beli da siap perah je RM2. Santan kotak pun boleh.)
- 1/2 genggam udang kering
- 4 sudu besar rempah kari ikan (kalau kari daging pun boleh)
Bahan aksesori :
- Timun
- Daun kesom
- Daun selasih
- Bunga kantan
- Lobak asin
- Togeh
- Bawang besar
- Sambal belacan
- Limau kasturi
- Sambal belacan tu blend guna blender kering je (belacan bakar dan lada sahaja)
CARA PENYEDIAAN LAKSA JOHOR :
▶️ Setengah ekor ikan parang atau ikan tenggiri direbus dengan halia dan bawang putih.
▶️ Kuahnya pekat dan hebat. Tapi boleh jugak ganti ikan kembung, ikan selar atau ikan selayang.
▶️ Dah rebus, buang tulang dan blender isinya guna air rebusan.
▶️ Tulang blend asing dan tapis ambil airnya buat kuah.
▶️ Tumis bahan blender tadi sampai naik minyak.
▶️ Masukkan rempah kari yang dibancuh dulu tadi.
▶️ Masukkan isi ikan dan udang kering. Tumbuk, kacau dan tunggu mendidih.
▶️ Masukkan kerisik & santan. Tunggu mendidih.
▶️ Masukkan garam, gula dan asam keping sekeping.
▶️ Rasa la cukup ke tak rencah. Agak terkurang boleh tambah kerisik.
▶️ Masak guna api kecil je supaya mesra rasanya. Kecuali masa menumis tu.
▶️ Kuah ni elok untuk sebungkus laksa jenama sunremo. Tapi kalau ada lebih boleh simpan kuah dalam frezer.
▶️ Bekukan. Tahan lama ye kuah ni. Nak makan lain kali dah ada kuah.
BACA JUGA : Resepi Puding Tutti Fruity Warna Warni Dan Confirm Sedap. Sesuai Makan Time Musim Panas Merelit!
Masak awal laksa ni sebab nak menggulung spagetti untuk 1 portion laksa Johor. Cara ni praktikal kalau nak makan laksa Johor. Spaghetti tu buat gulungan bentuk 8. Lepas tu, toskan dalam tapis. Bila dah kering dia akan elok cantik membeku dalam gulungan dia. Tak kacau yang lain.
Time nak makan, ambil la segulung-segulung dan curahkan kuah. Jangan lupa ulam-ulam dia sekali. Kuah boleh buat pekat, sebab orang johor makan laksa Johor guna tangan. Memang nikmat dia lain machiam. Tak percaya? Cuba lah sendiri.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Zalifah Hj Denan kerana sudi berkongsi resepi laksa Johor yang paling sedap dan viral ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!