Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Salad Timun Yogurt Yang Viral. Sedap, Refreshing Dan Senang Nak Buat!
Ha! Ni la dia resepi salad timun yogurt viral. Sesuai sangat untuk korang yang tengah diet. Patutlah viral sebab salad timun ni sangat sedap, refershing dan senang nak buat. Kenyang pun kenyang.
Tak pernah lagi cuba buat salad guna timun. Campur dengan yogurt pulak tu. Idea yang menarik. Ramai tau yang suka makan salad ni. Tapi nak lagi sedap, korang guna timun Jepun macam dalam gambar kat bawah.
Nak buat salad timun ni tak susah mana pun. Makan sejuk-sejuk rasa fresh je tekak. Sesuai sangat hidang untuk makan malam. Kot korang dah tak nak makan nasi, boleh la cuba buat salad timun yogurt ni nanti.
Resepi salad timun yogurt ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Fairus Fariza. Pastikan korang guna yogurt asli ye. Kalau guna yang manis, tak jadi pulak dibuatnya.
Nak buat salad buah ni tak guna banyak bahan pun. Lebih kurang 5 bahan sahaja. Simpan kejap dalam peti sebelum nak makan. Baru la rasa fresh je tekak makan salad timun yogurt ni nanti. Bertambah-tambah dibuatnya!
RESEPI TIMUN YOGURT VIRAL
Tak sabar nak buat salad ni. Penggemar salad kena cuba. Jom lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan salad timun yogurt ni. Step seperti dibawah.
Bahan- bahan yang diperlukan adalah :
- Timun
- Yogurt asli
- Jus Lemon
- Garlic powder
- Bon chili (ni tambah daripada resepi asal)
- Garam
CARA PENYEDIAAN SALAD TIMUN YOGURT VIRAL :
▶️ Potong dengan pengupas kulit buah supaya tektur timun halus.
▶️ Satukan semua bahan di atas dan gaul sehingga semuanya sebati. Adjust rasa.
▶️ Terus makan!
BACA JUGA : Resepi Nasi Kuning Dan Ayam Bali. Confirm Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnya!
Yeah! Dapat lagi satu koleksi resepi salad. Potong timun guna pengupas kulit buah. So, tekstur timun yang dipotong lebih halus dan senang nak makan nanti. Ala-ala tekstur sayur bila hiris halus nanti.
Saved resepi ni untuk rujukan ye. Terus buat timun salad version ni sebab mudah sangat dan sedap. Yogurt kena yang natural punya. Jangan ambil yogurt perisa yg manis-manis tu. Nanti tak jadi.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Fairus Fariza kerana sudi berkongsi resepi salad timun yogurt viral yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!