Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kuih Cara Manis Tembikai. Jatuh Cinta Tengok Coraknya Yang Cantik Ni Kan!
Tekak ni teringin sangat nak makan kuih cara. Tiba-tiba pulak keluar resepi kuih cara manis tembikai ni. Orang panggil kuih cara cantik versi rajin. Kalau tak rajin, mana nak jadi warna sebijik tembikai macam ni kan. Sesuai betul untuk jamuan.
Kuih cara yang aku tahu ada 2 jenis. Kuih cara berlauk dan kuih cara manis. Tapi sekarang dah ada versi kuih cara crispy katanya. Betul ke? Aku try google memang ada. Sampai ada orang buka gerak kuih cara berlauk crispy la. Memang viral jugak kuih ni.
Kuih cara ni merupakan kuih tradisional yang ramai penggemarnya. Biasanya di jual untuk sarapan pagi di gerai-gerai Melayu. Untuk minum petang, kuih ni susah sikit nak jumpa melainkan di pasar malam. Kalau nak buat untuk minum petang, elok la kita buat sendiri kat rumah.
Yang nak try versi rajin ni boleh follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nor Al Fatihah T-hah. Jumpa resepi ni kat Facebook. Teruja pulak tengok hasilnya. Agak renyah sedikit nak buat. Sebab kita kena sediakan beberapa warna untuk hasilkan kuih cara sebijik warna tembikai ni.
Nampak je tembikai ingat pulak kat saudara kita di Gaza. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan mereka. Banyak yang syahid. Kita di sini hanya mampu berdoa dah terus berdoa. Ingat tembikai je terus ingat kat anak-anak Palestine kan. Hancur rasa hati ni.
RESEPI KUIH CARA MANIS TEMBIKAI
Okey kita masuk semula cerita kuih cara manis tembikai ni. Korang yang nak cuba buat kat rumah boleh follow resepi di kat sini. Kita tengok dulu bahan-bahan dan cara penyediaannya di bawah. Follow sebijik-sebijik confirm menjadi!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 cawan tepung gandum
- 2 cawan santan sederhana pekat
- 1 1/2 cawan air daun pandan
- 1 biji telur A @ B
- 1 sudu teh garam halus
- Pewarna merah, putih & hijau
- Gula secukupnya untuk inti
- 1-2 helai daun pandan (disiat & di ikat hujungnya)
- Bijan hitam
- Sedikit minyak (untuk oles pada acuan)
CARA PENYEDIAAN KUIH CARA MANIS TEMBIKAI :
▶️ Satukan tepung, garam, telur, santan & air daun pandan. Kacau sebati & tapiskan
▶️ Bahagikan kepada 3 bahagian. Adunan merah paling banyak. Adunan putih & hijau sama banyak.
▶️ Masukkan ke dalam acuan atau cawan muncung supaya senang untuk tuang ke dalam acuan.
▶️ Panaskan acuan kuih cara. Guna acuan bahulu cermai je.
▶️ Oles acuan dengan minyak menggunakan daun pandan yang diikat hujungnya.
▶️ Kemudian, tabur dalam 10-15 biji bijan hitam sebagai biji tembikai.
▶️ Tuang adunan merah hingga setengah acuan.
▶️ Biar 5 saat, kemudian tuang adunan putih di atasnya & tuang gula di tengah-tengah sebagai inti.
▶️ Letak 1/2 sudu kfc. Biar beberapa saat. Tuang adunan hijau. Tutup dengan penutup periuk & biarkan selama 5 minit.
▶️ Cungkil dengan belakang sudu & angkat.
▶️ Ulang langkah yang sama hingga habis. Setiap kali nak tuang adunan baru, sila sapu minyak pada acuan.
▶️ Sedia di hidangkan panas-panas atau sejuk.
BACA JUGA : Resepi Laksa Johor Paling Sedap Dan Viral 15K. Nikmat Giler Makan Laksa Ni Guna Tangan!
Dah siap pun kuih cara manis tembikai kita ni. Macam yang kita dah cakap kat atas tadi, tengok je hasil dia memang teruja. Menarik betul bila letak atas pinggan. Nak makan pun rasa sayang kan. Kalau buat tempahan niaga, mesti laju habis kan.
Versi ni kita buat kuih cara manis je, korang rasa, Kalau guna step yang sama untuk kuih cara berlauk okey tak? Mesti lagi meriah kuih cara kita kan. Tekstur dia ni lembut je. Rasa balance dengan manis gula yang kita letak sebagai inti. Sedap sangat!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nor Al Fatihah T-hah kerana sudi berkongsi resepi kuih cara manis tembikai ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!