Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Lala Masak Pedas Yang Simple Dan Sedap. Lagi Sedap Buat Dengan Etok!
Siapa suka makan lala, wajib kena try resepi lala masak pedas ni. Simple sangat cara masaknya. Orang kata, masak lala ni dengan etok lagi sedap. Orang Kelantan dah biasa makan lala dengan etok kan. Famous kat sana.
Macam-macam masakan boleh dimasak dengan seafood ni termasuklah resepi lala masak pedas. Nak masak pun tak susah mana. Bahan yang diperlukan pun tak banyak. Antara lala dan kerang, mana satu yang korang berkenan?
Mesti ramai yang suka makan kerang kan. Sebab rasa tak puas makan lala dengan isinya yang sikit. Tapi kalau dah terasa tekak nak makan lala, boleh la try masak resepi ni dulu. Lala pun banyak khasiatnya.
Lala merupakan makanan yang bernutrisi tinggi. Lala jugak mengandungi asid lemak omega 3 yang baik untuk kesihatan jantung kita. Kena ambil tahu khasiat lala ni tau. Boleh makan sekali sekala untuk kesihatan kita.
Resepi lala masak pedas ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Jaja Nawi. Resepi ni viral sampai 1.4k share kat Facebook. Nampak ramai yang suka lauk ni kan. Sedap pulak tu.
RESEPI LALA MASAK PEDAS
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1kg lala/kerang/etok
- 5 ulas bawang merah kecik
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji Bawang besar
- Halia sikit
- Lada kering (rendam air panas @ rebus)
- 5 tangkai cili api (nak pedas boleh lebihkan)
CARA PENYEDIAAN LALA MASAK PEDAS :
▶️ Blend semua bahan diatas & tumis.
▶️ Masukkan serai sekali tumis sampai pecah minyak.
▶️ Masukkan gula, secukup rasa. Garam tak payah letak sebab lala air dia dah masin.
▶️ Kacau jap masuukan lala & daun limau purut.
▶️ Biarkan kejap bagi masak lala tu dan terbukak.
▶️ Rasa dulu ya kalau kurang masin tambah la garam.
▶️ Siap dan boleh dihidang!
BACA JUGA : Resepi Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan. Sekali Pandang Nampak Macam Kuih Lapis!
Dah siap lauk lala masak pedas ni. Kadangkala kita ni jenis suka makan, tapi tak tahu pun apa khasiat makanan yang kita makan tu kan? Ish, rasa rugi pulak. Ha, sekarang korang tau apa khasiat lala kan? Jangan tau makan je tau.
Orang Kelantan makan lala ni dengan etok. Kalau korang nak makan dengan etok pun boleh. Terpulang ikut citarasa masing-masing. Dah nama pun masak pedas, lauk ni kalau tak pedas, tak syok pulak makan kan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Jaja Nawi kerana sudi berkongsi resepi lala masak pedas yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!