Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Candy Kacang Untuk Kuih Raya Tahun Ni. Rasa Lemak-Lemak Macam Coklat Cloud 9!
Sedapnya candy kacang ni! Siapa pernah buat untuk kudapan kat rumah? Candy kacang ni korang nak buat time raya pun boleh. Follow je resepi candy kacang ni kat sini. Confirm korang suka punya la.
Nak buat candy kacang ni boleh tahan mencabar jugak ye. Kena menguli sampai sado jugak lengan ni. Buat kuih candy kacang ni tak perlu guna oven bagai. Cuma pakai kuali je lepastu lebur semua dalam tu. Baru la diuli macam bepang.
Raya tahun ni boleh tambah satu jenis lagi satu jenis kuih iaitu candy kacang. Nak buat candy kacang ni bila-bila masa pun boleh. Buat dalam sebalang dua untuk kudapan di rumah. Layan sampai ralit makan sambil tengok movie.
Tak perlu padatkan candy kacang ni guna loyang. Lapik dengan plastik je atas bawah kemudian uli. Pastikan padat ye. Bila dah suam-suam boleh la potong candy kacang ni dan dimakan. Saiz dia tak kisah nak besar ke kecik.
Resepi candy kacang ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Riena Eris. Ramai yang suka candy kacang ni. Rasanya lemak-lemak manis macam coklat cloud 9. Cuma tak chewy sangat dan rangup-rangup gitu.
RESEPI CANDY KACANG
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan candy kacang ni. Bahan-bahan dan step memasaknya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Candy coklat kacang
- 100 gram mentega
- 7 sb gula
- 7 sb serbuk koko
- 1 tin susu pekat manis
- 500 gram kacang tanah disangai/ airfryerkan
- Garam secubit (kalau tak nak letak pun takpe)
CARA PENYEDIAAN CANDY KACANG :
▶️ Mula-mula sangai kacang dalam air fryer 40 minit pada suhu 180c. Lepastu buang kulitnya.
▶️ Panaskan mentega dan gula guna api kecik untuk bagi dia berkaramel.
▶️ Kacau rata jangan sampai hangit.
▶️ Masukakan susu pekat 1 tin.
▶️ Masukkan 7 sb serbuk koko dan kacau sampai takde yang berketul.
▶️ Kacau sampai likat macam kat gambar.
▶️ Masukkan pulak kacang yang disangai tadi.
▶️ Kacau sampai sebati dan tutup api.
▶️ Angkat terus letak dalam bekas. Lapik plastik ye.
▶️ Canai & gelek panas-panas ikut nak nipis mana.
▶️ Bila dah suam sikit kita potong-potong nak besar mana ikut suka.
▶️ Dah sejuk kita simpan dalam bekas kedap udara. Tak payah masuk peti ye. Siap!
BACA JUGA : Resepi Lala Masak Pedas Yang Simple Dan Sedap. Lagi Sedap Buat Dengan Etok!
Senang kan! Yang suka makan bepang kena try resepi candy kacang ni. Dah la simple cara nak buatnya. Sedap pulak tu! Make sure sangai kacang dan buang kulitnya. Tak nak rasa pahit kulit kacang bila makan nanti.
Cloud 9 baget! Anak-anak pun bukan main suka lagi makan candy kacang ni tau. Raya nanti boleh la masuk list dalam kuih raya korang nanti. Buat kelainan sikit. Save resepi ni siap-siap. Nak try buat sebelum raya pun boleh.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Riena Eris kerana sudi berkongsi resepi candy kacang yang lemak-lemak manis ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!