Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kerabu Ayam Goreng Atau Yam Kai Sep. Sesuai Untuk Orang Yang Nak Diet!

0 177

Korang yang tengah diet, boleh save resepi kerabu ayam goreng ni. Kumpul menu diet untuk korang buat kat rumah nanti. Tak kan nak makan benda yang sama je kan. Siapa kata makanan diet tak sedap. Try menu ni, mesti korang suka. 

Orang Thai panggil Yam Kai Sep. Yang tak selera nak makan nasi, harap-harap kurus lah lepas makan menu ni. Simple dan mudah sangat nak buat. Hidangan yang lengkap dengan sayur dan bebas dari lemak ayam. Guna isi ayam je.

Menu diet ni lengkap dengan rasa pedas, masam dan sedikit manis. Pedas cili flakes je. Korang nak adjust rasa pedas pun boleh. Terpulang ikut citarasa masing-masing. Banyak lagi menu diet yang menarik korang boleh cuba. Search je kat blog ni. 

Resepi kerabu ayam goreng yang mudah dan sedap ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Rozmaliza Omar. Menu ni confirm buat korang kenyang. Sesuai dihidang waktu malam untuk elak kita makan nasi. 

Ayam goreng yang di masak dalam resepi ni akan di goreng menggukan tepung Bestari. Rangup je teksturnya. Boleh guna tepung Bestari original ataupun perisa spicy. Guna perisa pedas sedap tau. Layan betul makan kerabu ni nanti. 

 

RESEPI KERABU AYAM GORENG

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kerabu ayam goreng ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah. 

Bahan-baha yang diperlukan adalah :  
  • 2 keping dada ayam (digoreng bersama tepung GOGI/BESTARI dan goreng hingga kekuningan)

  • 1 labu bawang merah bombay
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 2 sdb beras pulut (digoreng dan tumbuk)
  • 3 sdb jus limau
  • 3 sdb sos ikan
  • 2 sdb gula Thai
  • 1 sdb cili flakes
Bahan-bahan sampingan : 
  • Salad (dihiris)
  • Kobis purple (dihiris)
  • Carrot (dihiris)

CARA PENYEDIAAN KERABU AYAM GORENG : 

▶️ Campurkan jus limau, sos ikan, gula thai, cili flakes dan beras pulut yang digoreng. Gaul hingga rata.

▶️ Masukkan bahan-bahan sampingan dan ayam goreng yang telah dipotong-potong.

▶️ Gaul lagi hingga rata. Rasakan masam-masam pedas dan sedikit manis.

▶️ Taburkan daun ketumbar yang dihiris kasar. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Risollers Sayur Yang Mudah Dan Sedap. Makan Dengan Sos Cili Lagi Sedap Weh!

 

Dah siap pun! Orang diet yang tak save resepi ni memang rugi. Korang kena cuba. Menu ni antara hidangan orang diet yang sedap. Sesuai jugak untuk korang yang malas makan nasi waktu malam. Kerabu ni lengkap dengan salad tau!

Kerabu ayam goreng ni takde jual kat kedai kot. Kalau nak makan, kena la korang buat sendiri kat rumah. Lepas ni laku la isi ayam yang korang beli. Asingkan siap-siap, boleh buat menu ni untuk makan malam nanti. Simple tapi sedap!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Rozmaliza Omar kerana sudi berkongsi resepi kerabu ayam goreng ni di Facebook. Hidangan sihat untuk korang yang nak diet. Semoga perkongsian bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open