Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Sardin Sambal Tumis Dengan Telur. Lauk Pkp Paling Simple!

Resepi sambal sardin telur
0 6,767

Bila tekak rasa teringin nak makan sardin, biasanya apa masakan yang kita akan buat? Sambal, tumis, gula ikan. Tapi pernah dengar sambal tumis sardin telur? Cara ni lain sikit dari yang bias akita buat tapi rasa dia memang sedap.

Kalau makan sardin ni, wajiblah pedas sikit, masam sikit. Barulah ngam nak makan dengan nasi panas-panas.  Boleh cuba buat follow resepi yang saya kongsikan dekat bawah ni ye.

Sebenarnya resepi sambal tumis sardin telur ni, saya jumpa di facebook yang dikongsikan oleh Cik Puan Iryani Zaki. Ada banyak lagi resepi yang menarik dan boleh kita cuba daripada profile beliau.

Untuk yang mana abru nak belajar memasak ke, nak cuba kepelbagaian resepi dan menu yang ada, boleh usha facebook beliau ye.

Jadi, untuk sambal tumis sardin telur ni memang unik dan saya belum pernah jumpe sebelum ni ada yang kongsikan. Boleh cuba buat sebab tengok gambar je pun dah boleh nampak menyelerakan.

 

RESEPI SAMBAL TUMIS SARDIN TELUR

Dalam masakan ni, sudah tentuk kita gunakan sardin dan telur sebagai bahan utama. Tapi macam mana nak pastikan ikan sardin tak hancur dan telur masak sekata. Jom kita tengok step by stepnya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 keping Asam keping
  • 1 biji bawang holland
  • 1 tin sardin saiz sederhana
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 biji telur

CARA PENYEDIAAN SAMBAL TUMIS SARDIN TELUR :

▶ Mula-mula sekali, goreng ikan sardin sehingga garing. Goreng ikan ni kena hati-hati ya sebab ia akan meletup-letup

▶ Kemudian, kisar bawang merah dan bawang putih.

▶ Panaskan minyak, tumis cili kisar bersama bahan kisar sampai pecah minyak dan naik bau.

▶ Bila dah pecah minyak, masukkan bawang holland yang kita dah hiris nipis.

BACA JUGA: Resepi Kuih Vadey Homemade. Cara Paling Mudah Hasilkan Rasa Awesome!

▶ Curahkan kuah sardin, asam keping dan juga sos cili. Masukkan sedikit air dan masak sampai mendidih

▶ Pecahkan telur dan sentiasa kacau hingga hancur. Biar kuah jadi likat.

▶ Seterunya, peraskan dengan gula dan garam.

▶ Ikan sardin yang digoreng tadi, letakkan dalam pinggan, dan curahkan kuah ni ke atas ikan tersebut.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Kira jadi lah kan menu PKP ni, senang nak beli stok sardin banyak-banyak. Boleh buat pelbagai masakan menggunakan sardin ni.

Yang mana suka makan masakan sardin boleh cuba salahs atu masakan baru yang saya kongsikan ni. Serious sedap dan mesti ramai yang suka.

Selamat mencuba ye semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open