Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Spaghetti Tuna Ayam Brand Yang Unik Dan Sedap. Guna Tuna Perisa Cili Lagi Sedap!
Siapa pernah masak spaghetti guna tuna? Macam pelik kan. Dalam hati, tak tau sedap ke tak. Kalau nak tahu rasanya, apa kata korang follow resepi spaghetti tuna Ayam Brand ni kat sini. Sesuai untuk breakfast, lunch dan makan dinner.
Kalau tekak takde rasa nak makan nasi, boleh try buat spaghetti versi guna tuna ni. Memang rare betul resepi ni kan. Guna tuna yang perisa cili tu lagi sedap. Resepi ni mudah tau. Bahan-bahan memasak pun tak banyak nak guna.
Orang kata masak campak-campak ni sedap. Bosan jugak asyik makan benda yang sama je. Kalau korang jenis berani nak cuba menu baru, boleh la buat menu ni malam nanti. Spaghetti ni siap ada sayur kacang buncis lagi. Tak tahu nak kata western ke tak.
Resepo spaghetti tuna Ayam Brand ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Shai Anne Ahemed. Sekali pandang nampak macam masak mee biasa je. Tapi kita akan guna pasta Kimball dalam hidangan ni.
Tekstur spaghetti tuna ni sama je macam spaghetti olio aglio. Tak basah macam spaghetti bolognese and carbonara. Makan spaghetti tuna ni kena pedas, baru syok nak makan nanti. Confirm licin pinggan dibuatnya!
RESEPI SPAGHETTI TUNA AYAM BRAND
Tak sabar nak cuba kan. Sebab ramai yang kata spaghetti tuna ni sedap dia lain macam. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan spaghetti tuna ni. Rujuk resepi di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3-4 ulas bawang putih
- 1/2 biji tomato (dipotong ikut suka)
- Sayur kacang bunci
- Carrot
- Serbuk lada hitam
- 3-4 cili api (untuk yang suka pedas)
- 1 tin Ayam Brand Chilli Tuna
- 200g spaghetti
- 1 limau nipis (kalau ada lagi sedap)
- Perasa garam, gula dan ajinamoto
CARA PENYEDIAAN SPAGHETTI TUNA AYAM BRAND :
▶️ Didihkan air di dalam pot bersama sedikit garam dan masak spaghetti.
▶️ Pastikan air mendidih baru masukkan spaghetti selama 7 – 10 minit.
▶️ Toskan dan letak di tepi.
▶️ Di dalam non-stick pan, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
▶️ Masukkan kesemua bahan-bahan lain jugak dan tumis dalam 30-40 saat.
▶️ Masukkan Ayam Brand Chilli Tuna dan kacaukan hingga sebati.
▶️ Akhir sekali, masukkan spaghetti, kurangkan api dan salutkan dengan sempurna.
▶️ Hidang bersama ½ potong limau nipis.
BACA JUGA : Resepi Kerabu Ayam Goreng Atau Yam Kai Sep. Sesuai Untuk Orang Yang Nak Diet!
Simple, mudah dan sedap weh! Tak rugi korang cuba buat spaghetti tuna Ayam Brand ni. Sekali cuba, pasti korang nak masak lagi. Cara masak dah hampir sama dengan spaghetti olio aglio.Tapi kali ni kita buat kelainan pulak.
Korang nak masukan sayur lain selain kacang buncis pun boleh. Terpulang ikut citarasa masing-masing. Yang penting, kalau nak masak spaghetti tuna ni kena guna tuna perisa pedas. Mesti bertambah-tambah dibuatnya.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Shai Anne Ahemed kerana sudi berkongsi resepi spaghetti tuna Ayam Brand yang rare dan sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!