Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Tortilla Chicken Wrap Untuk Dinner. Boleh Makan Ramai-Ramai, Lagi Jimat!

0 102

Bosan jugak makan nasi malam-malam kan. Apa kata kita makan wrap je. Boleh makan ramai-ramai. Lagi jimat dari beli kat luar. Nah, ni dia cara nak buat tortilla chicken wrap yang paling mudah. Hasil dia pun sedap sangat. Puas hati buat sendiri.

Sekali sekala makan wrap untuk dinner apa salahnya. Perut pun kenyang. Orang yang nak diet nasi malam-malam boleh ganti dengan tortilla chicken wrap ni. Guna chicken nugget je lagi senang! Tak payah susah-susah nak potong isi ayam lagi.

Cara nak buat tortilla chicken wrap ni tersangatlah mudah. Kalau plan nak makan tortilla chicken wrap ramai-ramai, elok korang buat sendiri je kat rumah. Sekali buat, terus boleh buat untuk makan ramai-ramai. Jimat dari beli kat luar.

Resepi tortilla chicken wrap untuk dinner ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Siti Husni. Resepi ni viral sampai 2.3k share kat Facebook. Guna chicken nugget pun still boleh hasilkan tortilla chicken wrap yang sedap kan.

Siapa kata nak diet ni takde makanan sedap-sedap? Banyak je lagi makanan diet yang menarik untuk korang boleh cuba ye. Tortilla chicken wrap ni korang nak jadikan bekalan anak-anak ke sekolah pun boleh. Lebih sihat!

RESEPI TORTILLA CHICKEN WRAP 

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan tortilla chicken wrap ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Roti tortila (jenama mission/gardenia)
  • Nugget tempura (jenama apa tak kisah)
  • Sos cili/tomato
  • Mayonis
  • Sos cheezy nachos
  • Sos blackpaper
  • Sos thousand island (optional kalau korang suka rasa masam-macam sikit bolehlah letak)
  • Salad, tomato, timun, carrot, bawang holland

CARA PENYEDIAAN TORTILLA CHICKEN WRAP :

▶️ Panaskan roti tortilla atas nonstick pan atau masukkan dalam oven pun boleh.

▶️ Bakar kejap je dalam 2-3 min jangan sampai roti garing pulak nanti susah nak balut kalau keras.

▶️ Goreng nugget sampai garing. Lepastu potong nugget kecik-kecik macam dalam gambar tu ye.

▶️ Potong atau sagat je carrot dan timun panjang-panjang, bawang holland pulak potong nipis-nipis.

▶️ Sediakan roti tortilla, letak salad, timun, carrot, tomato dan nugget.

▶️ Tuang sos-sos yang ada ikut citarasa korang la nak letak banyak mana.

▶️ Balut dan siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Cencaru Sambal Goreng Pedas. Confirm Sedap Dan Menambah Nasi Dibuatnya!

 

Tersusun rapi bahan-bahan didalam wrap ni ye. Cara nak buatnya pun tersangatlah mudah. Anak-anak confirm suka makan wrap ni. Tak payah pegi beli kat luar lagi. Kita boleh follow resepi tortilla chicken wrap yang mudah dan sedap ini di sini.

Pesanan ni korang kena dengar betul-betul. Kalau tak nak wrap terbuka, korang boleh cucuk wrap dengan lidi kecik. Baru la tak bersepah masa makan nanti. Nak barak betal wrap ni ke tempat kerja pun boleh ye.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Siti Husni kerana sudi berkongsi resepi tortilla chicken wrap yang simple dan sedap ini di Fcaebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!
Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open