Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Blackpepper Sauce Prosperity Ala McDonald’s. Guna Sos Ni Kat Coney Sosej Lagi Sedap!
Dah lama nampak resepi blackpepper sauce prosperity ni. Buat sos dia je, nanti boleh guna sos tu kat roti ala coney sosej. Confirm sedap weh! Korang nak buat prosperity burger homemade pun boleh. Google kan ada. Semua resepi kat hujung jari je.
Buat sos ni banyak sikit, nanti simpan dalam peti. Kalau nak bakar daging atau ayam, boleh la hidang dengan sos prosperity ni nanti. Terasa nikmat macam makan prosperity burger kat McD. Lagi-lagi bila dapat tekstur daging dan ayam yang juicy.
Guna beberapa bahan je, sos prosperity kita siap. Masak semua bahan dulu kemudian kisar. Lepas dah kisar hancur semua bahan, baru lah di masak lagi sekali atas dapur. Kita boleh buat prosperity burger kat rumah je kan lagi jimat tu.
Siapa pernah makan coney sosej? Korang letak sos ni kat coney sosej memang sedap weh! Confirm korang makan sampai menjilat jari. Resepi ni lengkap dengan cara nak buat coney sosej, boleh la korang follow nanti. Buat menu ni untuk makan malam je nanti.
Resepi blackpepper sauce ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zurina Zulkefli. Simple dan semestinya sedap. Buat stock dalam peti, bila-bila nak buat coney sosej, siram je sos prosperity ni. Rasa dia marvellous weh!
RESEPI BLACKPEPPER SAUCE PROSPERITY
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan blackpepper sauce prosperity ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan utama :
- Butter
- Dua ulas bawang putih
- Sebiji bawang kuning
- Empat biji cendawan shitake
Bahan lain :
- Kiub pati ayam
- Sos tiram
- Kicap
- Lada hitam (ditumbuk kasar)
- Sosej ayam (brand Ramly)
- Bawang holland (dipotong dadu)
- Bun Gardenia
CARA PENYEDIAAN BLACKPEPPER SAUCE PROSPERITY :
▶️ Masak kesemua bahan sehingga layu kekuningan.
▶️ Bila masakan dah kekuningan, masukkan sedikit air dan dua sudu makan tepung gandum.
▶️ Masukkan air dan kacau sebati sehingga masakan menjadi likat. Masukkan sedikit kiub pati ayam, sos tiram dan kicap.
▶️ Kacau sebati kemudian blend menjadi sos.
▶️ Tuang semula ke atas kuali dan masak seketika.
▶️ Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar.
▶️ Masak sehingga likat.
▶️ Masukkan sosej ayam (direbus dahulu sehingga masak) Jenama Ramly.
▶️ Bawang holland dipotong dadu dan direndam dalam air sejuk untuk kekalkan kerangupan dan jus bawang.
▶️ Sedia dihidang. Guna bun Gardenia. Bun dikukus dahulu supaya lembut. Kemudian baru lah isi sosej bersalut sos blackpepper.
BACA JUGA : Resepi Cucur Manis Yang Lembut Didalam Dan Rangup Diluar. Bulat Elok Bentuk Cucur Ni!
Dah siap! Siapa pernah nampak Khairul Aming share cara masak sos ni? Sebijik macam ni. Resepi beliau memang tak pernah mengecewakan. Yang baru belajar masak, follow dia pun senang nak faham.
Wah! Coney sosej bila curah sos prosperity ni bertambah sedap weh! Makan panas-panas lepas roti kena kukus. Lembut je bila masuk kat mulut nanti. Korang yang suka coney sosej wajib try resepi ni.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Zurina Zulkefli kerana sudi berkongsi resepi blackpepper sauce prosperity ala McD ni kat Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!