Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Yang Mudah Dan Sedap. Lauk Ni Bikin Diet Ke Laut!

0 279

Menu simple tapi sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Jom try resepi cencaru sumbat sambal kelapa ni. Boleh la buat untuk menu berbuka nanti. Yang tak habis puasa ganti lagi, cepat habis kan ye. Bulan ramadhan pun dah nak dekat. 

Ikan cencaru ni boleh masak pelbagai. Antaranya masak sambal siram atas atau sumbat kelapa. Yang nak cuba lauk ni, boleh la try masak kat rumah nanti.  Boleh bertambah nasi dibuatnya. Diet kita pun ke laut dalam. 

Kekadang makan lauk ni boleh buat kita meratah. Bosan jugak makan ikan goreng biasa hari-hari. Sekali sekala kita masak sumbat sambal kelapa ni best jugak. Nak guna ikan lain pun boleh. Tapi lagi sedap kalau guna ikan cencaru. 

Resepi cencaru sumbat sambal kelapa ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Iza Abu Bakar. Sangat mudah dan simple cara penyediaannya. Makan lauk ni takde cicahan pun takpe ye. 

Dalam ikan ni dah di sumbat dengan sambal kelapa. Guna sambal tu pengganti cicahan pun dah cukup. Gunakan kelapa parut yang fresh ye. Baru la nikmat nak makan nanti. Lauk ni sesuai buat lauk makan tengahari dan malam. Rugi tak cuba! 

RESIPI CENCARU SUMBAT SAMBAL KELAPA

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan cencaru sumbat sambal kelapa ni. Bahan-bahan dan step memasaknya seperti dibawah. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Ikan cencaru (dibelah belakang)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit pes asam jawa
  • Kelapa parut secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

 

Bahan kisar : 
  • 3 tangkai cili merah
  • 6 tangkai cili padi
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 batang serai
  • Sedikit belacan
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 inci kunyit hidup

CARA PENYEDIAAN CENCARU SUMBAT SAMBAL KELAPA : 

▶️ Ikan cencaru dibelah belakang, cuci bersih dan dilumur garam kunyit. Ketepikan.

▶️ Kisar semua bahan hingga hancur. Kemudian masukkan kelapa parut, pes asam jawa, garam dan gula dan kisar sekali je untuk sebatikan dia.

▶️ Ambil ikan yang dibelah belakang tadi, isikan sambal kelapa secukupnya.

▶️ Panaskan minyak di dalam kuali atau pemanggang ajaib. Minyak tu biar tenggelamkan separuh bahagian ikan.

▶️ Gorengkan ikan di dalam kuali atau pemanggang ajaib.

▶️ Boleh guna pemanggang ajaib sebab tak perlu nak balik balikkan sangat ikan jadi tak de la habis bersepah sambal kelapa tu kan.

▶️ Bila ikan dah masak boleh la diangkat dan toskan.

▶️  Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Candy Kacang Untuk Kuih Raya Tahun Ni. Rasa Lemak-Lemak Macam Coklat Cloud 9!

 

Wow! Dah dapat resepi mudah dan sedap macam ni mesti la nak cuba kan. Esok pagi pegi pasar, beli ikan cencaru dan kelapa parut. Buat lauk ni je. Tak nak makan nasi pun boleh. Ratah je lauk ni nanti.

Sedap weh ikan sumbat sambal kelapa ni. Rugi sangat kalau korang tak cuba. Nak lagi mudah masak, guna je pemanggang ajaib. Dah tak perlu balik-balikkan ikan lagi. Ikan pun masak sekata. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Iza Abu Bakar kerana sudi berkongsi resepi cencaru sumbat sambal kelapa ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open