Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Lobak Putih Masak Lemak Udang Yang Simple Tapi Sedap. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!

0 119

Hari-hari kena fikir nak masak lauk apa untuk lunch dan dinner. Ha, apa kata korang try resepi lobak putih masak lemak udang ni. Nampak simple je cara masak lobak putih ni. Tapi rasanya sangatlah sedap. Confirm bertambah nasi dibuatnya!

Lobak putih ni bukan hanya untuk lauk berpantang semata. Banyak lagi manfaat lobak putih yang kita tak tahu. Selain untuk cantikkan kulit dan menguruskan badan, lobak putih ni jugak boleh merawat jaundis dan mencegah jangkitan saluran kencing.

Sayur ni jugak bagus untuk penghidap arthritis rheumatoid, mencegah kanser, mencegah masalah jantung, menurunkan berat badan, merawat gangguan pernafasan dan sesuai untuk tekanan darah & diabetes. Boleh makan sayur ni sekali sekala.

Ada macam-macam hidangan menggunakan lobak putih yang korang boleh cuba kat rumah nanti. Antara lauk yang menarik adalah lobak putih masak lemak udang. Guna udang kecil dan udang kering je. Sedap tau lauk kampung ni.

Resepi lobak putih masak lemak udang ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Atinz Cradle Deco. Tak guna banyak bahan dan tersangatlah mudah cara penyediaannya. Rugi tak cuba masak lauk ni nanti.

 

RESEPI LOBAK PUTIH MASAK LEMAK UDANG 

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan lobak putih masak lemak udang ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Sebiji lobak putih
  • 2 biji cabai merah( besar) *
  • 3 biji cabai merah (kecik pedas) *
  • Setengah labu bawang merah besar*
  • Udang putih kecik ( ikut citarasa nak letak banyak atau sikit)
  • Udang kering sedikit
  • Santan kotak kecik
  • Asam keping saiz kecik sahaja *

Bahan-bahan yang * ditubuk.

CARA PENYEDIAAN LOBAK PUTIH MASAK LEMAK UDANG : 

▶️ Panaskan sedikit minyak masak & tumis bahan bertanda.

▶️ Masukan udang putih & udang kering.

▶️ Masukan lobak putih & masak sehingga lembut sedikit.

▶️ Masukan santan, garam & sedikit gula.

▶️ Biar sehingga mendidih & tutup api. Sedia untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Sirap Fanta Hijau Guna Pati Homemade. Sesuai Buat Hidangan Untuk Tetamu!

 

Dah siap pun lauk lobak putih masak lemak udang kita. Makan lauk ni dengan ikan pekasam atau ikan temenung lemak goreng pun dah sedap weh! Rasa lemak dan nikmat makan panas-panas sayur ni.

Simple tapi semestinya sedap. Lauk kampung macam ni dah semestinya ramai yang suka. Duduk kampung je boleh minta mak masakan lauk macam ni. Kalau dah duduk sendiri, kena la masak sendiri kat rumah. Lauk ni susah nak jumpa kat luar ye.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Atinz Cradle Deco kerana sudi berongsi resepi lobak putih masak lemak udang yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open