Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Gunting Yang Rangup Dan Sedap. Krup Krap Krup Krap, Cepat Je Habis Sebalang!

0 120

Korang yang suka makan kuih gunting kena try resepi ni kat rumah nanti. Dah tak payah beli kuih gunting kat luar lagi. Buat sendiri lagi puas hati. Boleh buat banyak-banyak nanti. Follow je resepi kuih gunting yang simple dan rangup ni kat sini.

Pejam celik, pejam celik dah nak masuk bulan ramadan. Kuih gunting ni selalu jadi hidangan untuk tetamu bila raya nanti. Rangup dan sedap. Buat pedas-pedas sikit kuih gunting ni lagi sedap. Tak sedar sebekas dah habis dibuatnya.

Makan kuih gunting ni boleh ralit ratah tau. Lagi-lagi bila tengah tengok movie. Bahan-bahan digunakan memang mudah dapat dan tak gunakan modal yang besar. Kebanyakannya dah tersedia di dapur kita. Jimat banyak dari beli kuih ni kat luar.

Resepi kuih gunting yang simple ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Ida Alina Salleh. Hujung-hujung minggu buat kerepek ni syok jugak. Boleh buat ngunyah-ngunyah time borong nanti.

Tengok je resepi ni terus rasa nak share. Sebab kuih gunting versi ni maman nipis sangat. Di canai nipis guna mesin pasta. Setting doh paling tebal 1, paling nipis 7 dan canai sampai no 6. Krup krap, krup krap masuk kat mulut.

RESEPI KUIH GUNTING 

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kuih gunting yang rangup dansimple ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 1 kg tepung gandum

 

Bahan kisar halus :
  • 6 sudu besar udang kering
  • 10 batang cili kering
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil garam

CARA PENYEDIAAN KUIH GUNTING : 

▶️ Bila dah jadi serbuk, campurkan pada tepung gandum.

▶️ Dalam pengisar kering, kisar segenggam daun sup. Dah halus, masukkan dalam adunan tepung.

▶️ Panaskan 5 sudu besar minyak masak. Bila dah panas, masukkan dalam adunan tepung. Gaul rata dengan sudu.

▶️ Masukkan 1 biji telur. Uli sedikit.

▶️ Masukkan air sejuk berais sedikit demi sedikit dalam adunan tepung. Uli hingga seakan doh tepung karipap. Rehatkan adunan 20 minit.

▶️ Canai nipis, saya guna mesin pasta. Setting doh paling tebal 1, paling nipis 7. Canai sampai no 6.

▶️ Gunakan pemotong pasta lebar. Gaul dengan sedikit tepung agar tak melekat. Goreng.

▶️ Bila dah garing, angkat, toskan dan tabur sikit “garlic salt”. Tak letak pun tak apa.

▶️ Sejukkan dan masukkan dalam balang kedap udara.

 

BACA JUGA : Resepi Lobak Putih Masak Lemak Udang Yang Simple Tapi Sedap. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!

 

Dah siap kuih gunting kita. Tak nak letak garlic salt pun boleh ye. Tips untuk dapatkan kuih yang cantik dan tidak menggerutu, gunakan api kecil sederhana dan sentiasa kaup balikkan kuih semasa menggoreng. Tengok kejadiannya sendiri. Memang elok!

Hujung minggu ni boleh la buat stock kuih gunting ni banyak-banyak. Bila dah siap goreng nanti, kena sejukkan dulu. Baru masuk dalam bekas kedap udara. Takde la rosak masuk angin nanti. Kuih gunting ni mudah je nak buat ye. Rugi tak cuba!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Ida Alina Salleh kerana sudi berkongsi resepi kuih gunting yang simple, rangup dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open