Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Buko Pandan Filipina Yang Lemak, Manis Dan Berkrim. Enak Sungguh Dinikmati Ketika Musim Panas! 

0 18,611

Pernah cuba tak resepi buko pandan Filipina? Buko pandan adalah pencuci mulut sejuk Filipina yang berkrim dan penuh dengan rasa pandan. Ianya dihidang dengan beberapa bahan seperti isi kelapa muda, susu cair, agar-agar pandan dan juga sagu.

Rasanya kita dah cuba pelbagai resepi dari luar seperti Thai, Korea, Indonesia, Arab dan juga barat. Kali ini kita beralih pula ke negara Filipino. Menunya sangat simple dan sangat sesuai dijadikan pencuci mulut bila ada majlis rumah terbuka.

Buko pandan ini menggunakan isi kelapa muda yang lembut dan manis. Boleh juga dicampur dengan buah longan atau buah laici tapi jangan ambil airnya sekali bila anda menggunkan buah dalam tin.

Musim panas macam ni, syok sangat layan buko pandan. Rasa heaven je bila lalu di tekak. Buko pandan juga boleh disimpan dalam peti dan tahan dalam 3-4 hari. Tak cukup semangkuk tau layan buko ni.

Resepi buko pandan Filipina ini telah dikosngsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Aisyah Humaira. Sebanyak 3.7k share hasil perkongsian beliau di Facebook. Ramai juga yang tertarik dengan dessert sedap ini.

 

RESEPI BUKO PANDAN FILIPINA

Kalau nak campurkan biji selasih pun boleh. Biji selasih pun banyak manfaatnya untuk tubuh badan kita. Yang tengah stress boleh campur buko ni dengan biji selasih. insyaAllah stress pun hilang.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 pekat agar-agar serbuk perisa pandan
  • 1 cawan teh biji sagu
  • 1 sudu kecil coconut Pandan Emulco
  • 1 tin krimer sejat cair SAJI Malaysia (boleh lebihkan kalau kuah kurang)
  • 1 cawan teh whipping cream non diary (pukul tak perlu sampai kembang)
  • 1 cawan air gula (ikut manis yang disukai)
  • 1 mengkuk isi kelapa
  • 1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa (ambil isinya sahaja)
  • Ais secukupnya
  • Buah longan (Optional)
  • 1/2 cwn biji selasih yg telah kembang (direndam dlm air panas)

CARA PENYEDIAAN BUKO PANDAN FILIPINA :

▶️ Mula-mula 1 pekat agar-agar serbuk perisa pandan dimasak dan dibekukan ikut arahan dari belakang bungkusan.

▶️ Dalam periuk berlainan, didihkan air terlebih dahulu dan masukkan sagu putih. Masak sagu dengan api sedang. Sagu tidak perlu dibasuh. Sesekali kacau untuk elak dari melekat.

▶️ Apabila sagu hampir masak, titiskan pewarna dan biarkan sehingga sagu betul-betul masak.

▶️ Tapiskan sagu dan lalukan dibawah air untuk hilangkan kanjinya. Toskan seketika.

▶️ Potong isi kelapa halus-halus atau potong ikut saiz yang anda suka.

▶️ Satukan semua bahan isi dan kuah dalam bekas besar.

▶️ Masuk ais dan seimbangkan rasa manis, lemak dan cream ikut selera. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Roti Gardenia Crab Stick And Cheese. Boleh Frozenkan, Nak Makan Goreng Je!

 

Siap untuk dihidang! Kalau tak nak masukkan ais ketul, boleh simpan buko ni dalam peti dulu. Biarkan sampai sejuk barulah dinikmati. Masuk je dimulut, agar-agar terus mencair. Manis dan lemak berkrim rasanya. Sedap sangat!

Kalau rasa kuahnya kurang, boleh masukkan lagi susu cair. Sebenarnya, buko pandan ini lebih sedap bila diletakkan buah laici berbanding dengan buah longan. Tapi, anda boleh pilih ikut kesukaan masing-masing.

Lepas ni, kalau nak buat dessert selain daripada koktail bolehlah cuba resepi buko pandan Filipina ini. Mesti ramai yang suka. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open