Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Aiskrim Jeruk Mangga Orang Dulu-Dulu. Confirm Sedap, Rangup Dan Masam Manis!
Sebut je pasal buah mangga, mesti ramai penggemarnya. Korang pernah tak ambil mangga muda kat tepi rumah dan buat jeruk? Ha, apa kata kali ni korang try buat aiskrim jeruk mangga ni pulak. Sedap makan weh! Masam manis gitu rasanya!
Tekstur mangga yang dijeruk tu jadi ranggup tau. Macam mana nak buat isi mangga tu jadi rangup, korang kena tengok tips menjeruk mangga ni kat sini. Tekstur mangga yang dah siap jadi aiskrim pun still rangup tau. Sedap giler!
Ni la aiskrim tok nek moyang kita dulu. Nak makan aiskrim, ambil je buah mangga. Lepastu jerukkan! Anak-anak sekarang, makan aiskrim beli kat luar je. Nikmat tau makan aiskrim jeruk mangga ni. Yang tak suka aiskrim bersusu, boleh makan aiskrim ni.
Resepi aiskrim jeruk mangga ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Syidah Saiful. Ramai jugak yang share resepi ni. Makan aiskrim ni confirm tak muak makan. Boleh hilangkan loya orang mengandung gitu!
Dulu selalu makan jeruk mangga cicah cili kicap. Memang ketagih la dibuatnya. Arwah nenek aku dulu niaga jeruk mangga RM0.20 kat plastik kecik, memang laku keras weh! Budak-budak balik sekolah je mesti singgah beli jeruk mangga nenek aku.
RESEPI AISKRIM JERUK PAUH ATAU MANGGA
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan aiskrim jeruk pauh ni. Jangan guna mangga masak pulak. Tak jadi jeruk nanti. Step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Buah pauh/ mangga
- Garam
- Gula
- Air
CARA PENYEDIAAN AISKRIM JERUK PAUH ATAU MANGGA :
▶️ Potong buah & rendam air garam semalaman. Tujuannya untuk buang getah & merangupkan.
▶️ Angkat, bilas & toskan hingga takde air yang menitik. Ni part penting tau, kalau tak lembik isinya nanti.
▶️ Masak air gula bagi manis sikit ya. 1 bekas air sama dengan 3kg gula atau 12 liter air. Sebab nanti, bila proses menjeruk tindakbalas dari rasa masam & air dalam buah akan buat air jeruk payau kalau kedekut gula. Jadi takde rasa masam manis tu nanti.
▶️ Bila air gula dah masak, biarkan betul-betul sejuk. Nak cepat sejuk anginkan dengan kipas.
▶️ Kalau masukkan masa tengah suam, jeruk akan lemau & lembik nanti. Letak dalam bekas bertutup.
▶️ Perap 2 hari dan jadilah jeruk buah mangga.
▶️ Angkat mangga sahaja. Letak dalam bekas@ besen. Isikan dalam plastik, masukkan air jeruk. pintal dan bekukan.
▶️ Boleh simpan dalam peti. Siap!
BACA JUGA : Resepi Daging Steak Homemade Yang Paling Sedap. Jimat Dari Makan Kat Luar!
Dah siap pun aiskrim jeruk mangga kita. Buat niaga kat kampung mesti laku kan. Tak susah mana pun nak buat aiskrim jeruk mangga ni kan. Nak buat aiskrim jeruk kedondong pun boleh. Try ikut cara atau Resepi ni jugak nanti.
Guna mangga kecik-kecik tu. Orang utara panggil pelam telur. Ingat ye lepas jeruk mangga nanti, angkat, bilas & toskan hingga takde air yang menitik. Part ni paling penting untuk elak isi mangga jadi lembik.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Syidah Saiful kerana sudi berkongsi resepi aiskrim jeruk mangga yang rangup dan masam manis ni di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!