Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Puding Mangga Susu Bersama Chia Seed. Dessert Sihat Dan Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

0 93

Cuaca panas macam ni teringin pulak nak makan sejuk-sejuk. Kebetulan jumpa resepi puding mangga susu bersama chia seed ni kat Facebook. Terus ambil resepi dan share jugak kat korang. Nampak simple je cara nak buat puding mangga ni.

Macam-macam jenis puding kita boleh buat. Antara puding yang paling famous dah semestinya puding roti dan puding buah. Apa saja jenis buah korang boleh jadikan puding. Contohnya puding mangga, puding laici, puding buah naga dan lain-lain.

Kalau perasan cuaca sekarang dah tak sama macam dulu. Tengahari je mesti kita nak basahkan tekak dengan makanan atau minum yang sejuk dan manis kan. Boleh la buat legakan tekak. Dapat makan puding mangga macam ni pun dah nikmat rasanya.

Puding buah mangga ni memang sedap ye! Boleh lawankan rasa manis puding agar-agar dengan manis masam buah mangga tu. Cara nak buat pun tak susah. Kena rajin nak potong dadu buah mangga je nanti.

Resepi puding mangga susu ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Shida Razak KC. Masuk kat tekak sejuk-sejuk, mesti rasa fresh je nanti. Puding ni siap ada chia seed. Kalau nak ganti dengan selasih pun boleh.

RESEPI PUDING MANGGA SUSU BERSAMA CHIA SEED

Betul ke nak buat puding ni tak guna banyak bahan? Ye, memang betul. Buat puding mangga susu ni tak guna banyak bahan pun. Jom kita tengok satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan puding mangga ni. Resepi seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 250ml susu segar
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar.
  • 2 sudu besar gula batu/ gula biasa
  • Secubit garam.
  • 1/2 cawan chia seed (dikembangkan)
  • Mangga (dipotong dadu)

 

Bahan kisar : Layer bawah 
  • 400ml susu segar
  • 100ml air
  • 1 biji mangga/100-150g mangga (dipotong dadu)
  • 2 sudu besar serbuk agar-agar
  • Garam 1/2 sudu kecil
  • 3 sudu gula (guna molases sugar untuk lebih sihat)
  • 1 sudu kecil perwarna kuning (optional)

CARA PENYEDIAAN PUDING MANGGA SUSU BERSAMA CHIA SEED : 
Lapisan pertama : 

▶️ Selesai blend masak bahan kisar dalam 2 minit hingga mendidih dan kacau rata.

▶️ Masukkan ke dalam bekas atau loyang.

Lapisan kedua : 

▶️ 250ml susu segar masak bersama 1 sudu besar serbuk agar-agar.

▶️ Campur dalam 2 sudu besar gula batu/ gula biasa pun boleh dan secubit garam.

▶️ Kacau hingga mendidih, campurkan 1/2 cawan chia seed yang telah di kembangkan. Takde chia seed, selasih pun boleh.

▶️ Tuang untuk layer ke dua setelah sejuk layer pertama.

▶️ Taburkan mangga dadu di atas puding.

▶️ Sejukkan dalam peti. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Siakap Masak Ala Thai Yang Simple Dan Sedap. Masak Guna 3 Bahan Je!

 

Dah siap pun puding mangga susu kita! Make sure korang kena simpan puding ni dalam peti ais dulu sebelum dihidang. Baru la syok nak makan dan basahkan tekak nanti. Dessert sihat dan nikmat makan sejuk-sejuk!

Korang beleh je buat puding ni dalam bekas kecil yang banyak atau cawan. Senang nak makan nanti. Ambil sebekas-sebekas. Tapi nak buat dalam loyang kemudian potong pun boleh. Dua-dua cara tetap hasil kan puding yang sedap.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Shida Razak KC kerana sudi berkongsi resepi puding mangga susu bersama chia seed  ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open