Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Daging Black Pepper Yang Mudah Dan Confirm Sedap. Menambah Nasi Dibuatnya!

0 43

Hari ni terjumpa satu resepi simple untuk lauk makan tengahari. Ni dia resepi daging black pepper yang mudah dan confirm sedap. Tengok kat gambar, lauk ni cukup meriah. Bukan hanya ada daging semata, siap terhidang dengan sayur sekali.

Nak masak daging je, mesti cari tips untuk lembutkan daging tu kan. Guna 2 bahan ni, tepung jagung dan soda bicarbonate. Perap daging kejap dan hasilnya daging akan jadi lembut dan juicy bila dikunyah. Isinya juga tidak kecut berkedut.

Jimat masa masak lauk ni. Dalam satu hidangan dah ada lauk daging dan sayur.  Tak perlu nak masak sayur asing lagi. Lauk pun nampak sihat. Macam-macam jenis sayur korang boleh campur dalam hidangan daging black pepper ni tau.

Resepi daging black pepper ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Yuera Mansor. Makan lauk ni dengan nasi putih panas-panas, confirm terangkat dibuatnya. Orang diet nak ratah macam tu pun boleh.

Masak black pepper ni elok jugak untuk kesihatan kita. Seperti yang kita tahu, black pepper atau lada hitam ni dapat mencegah kancer, melegakan batuk, melegakan hidung tersumbat, mengurangkan berat badan dan macam-macam lagi.

 

RESEPI DAGING BLACK PEPPER 

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan daging black pepper kita ni. Bahan-bahan dan step memasaknya seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 600g daging batang pinang

Bahan tumis : 
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Capsicum 3 warna (dipotong petak)
  • Bawang Holland (dipotong)
  • Daun bawang (dipotong panjang)

3 bahan sos : 
  • Sos black pepper
  • Sos tiram
  • Kicap lemak manis

CARA PENYEDIAAN DAGING BLACK PEPPER : 

▶️ Tumis bahan tumbuk tadi sampai garing.

▶️ Masukkan daging. Bila daging tadi dah keluarkan minyak dan kering airnya. Masukkan 3 sos tadi, kacau dan tambah sedikit air.

▶️ Kalau nak kuah lebih, tambah air. Boleh tambah lada hitam yang ditumbuk. Kalau tak suka terlalu pedas membahang, cukup sekadar sos lada hitam saja.

▶️ Gaul sebati semuanya, masukkan capsicum dan bawang holland.

▶️ Gaul sebati dan biarkan sehingga bahan tadi layu.

▶️ Bila sedikit layu. Masukkan daun bawang. Siap utk dihidangkan.

▶️ Ada yg suka tambah tepung jagung utk pekatkan. Kalau suka boleh masukkan sedikit.

 

BACA JUGA : Resepi Puding Mangga Susu Bersama Chia Seed. Dessert Sihat Dan Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

 

Ha, dah siap pun daging masak black pepper kita. Boleh guna tips 2 bahan untuk lembutkan daging biasa. Tapi kalau dah guna daging batang pinang, tak guna tips 2 bahan tu pun takpe dah. Daging batang pinang memang dah lembut dan juicy bila di masak. 

Masak daging black pepper ni memang simple dan sedap. Boleh panaskan badan bila makan nanti. Sesuai jugak jadi hidangan makan malam atau bila cuaca tengah sejuk dan hujan. Rugi sangat kalau tak cuba lauk ni tau!

Ribuan terima kasih diucpakan kepada Cik Puan Yuera Mansor kerana sudi berkongsi resepi daging black pepper yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open