Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Cucur Balak Utara Yang Mudah Dan Sedap. Makan Dengan Kuah Kacang Lagi Sedap!
Siapa pernah makan cucur balak? Kalau takde idea nak buat hidangan minum petang, boleh sangatlah cuba resepi ni. Makan dengan kuah kacang sedap tau. Resepi cucur balak atau kuih balak ini asalnya dari utara dan ramai sangat penggemarnya.
Cara penyediaan kuih ini sama je macam nak buat kuih ketayap. Tapi digoreng semula selepas digulung. Cucur ni biasanya di hidang dengan kuah kacang. Yang mana bahagian atasnya dibelah sedikit dan akan disumbat dengan kuah kacang.
Senang je nak buat cucur ni. Hanya perlu blend semua bahan untuk bancuhan tepung dan masak dengan menggunkan teknik melenggang. Adunan cucar balak ni jugak akan di campur dengan daun kucai ye. Blend semua bahan kecuali daun kucai.
Selepas bancuhan tepung siap, daun kucai yang dipotong kecil tadi akan dicampur dan digaul dalam bancuhan tepung. Barulah dimasak atas kuali sama seperti cara masak kuih ketayap. Step nak gulung kuih balak ni pun sama dengan kuih ketayap.
Resepi cucur balak ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Roslina Shaari Ina Kie. Yang pernah makan cucur balak ni confirm tersuka tanpa sengaja. Rasa dia memang sedap. Lain macam ye cucur orang Utara ni. Rugi tak cuba!
RESEPI CUCUR BALAK ATAU CEKODOK BALAK
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam pemnyediaan cucur balak Utara ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 cwn tepung gandum
- 3 stgh cwn air (kalau rasa pekat tambah lagi air)
- Sebiji telur
- Garam
- Pewarna kuning
- 2 sudu mkan minyak
- 1 sudu mkn penuh marjerin
- Sedikit kucai potong pendek
Blender semua bahan kecuali kucai.
Bahan-bahan kuah kacang :
- 1/2 kg kacang tanah sangai (dikisar kasar)
- 10bj cili kering goreng*
- 2bj bwg besar dipotong dan goreng*
- 3 btg serai*
- 1 in halia*
- 3 ulas bwg putih*
- 1 cwn gula merah (dimasak dan tapis)
- 1 cwn gula putih
- Garam
- 1 cwn minyak
CARA PENYEDIAAN CUCUR BALAK ATAU CEKODOK BALAK :
Cara penyediaan cucur :
▶️ Tuang dalam bekas dan masukkan kucai. Kemudian, kacau.
▶️ Dadarkan macam buat ketayap.
▶️ Dah angkat boleh terus gulung.
▶️ Dihujung gulung sapu bancuhan tepung.
▶️ Dapat dalam 20 ketul. Lepastu boleh goreng sampai garing.
▶️ Nak makan belah tengah dan letak kuah kacang.
Cara penyediaan kuah kacang :
▶️ Panaskan minyak dan tumis sampai pecah minyak.
▶️ Masukkan kacang, air biasa, gula merah dan putih serta garam.
▶️ Masak sampai naik minyak.
▶️ Kuah kena pekat dan manis. Boleh tambah ikut citarasa.
▶️ Siap! Boleh jugak beli kuah sate.
BACA JUGA : Resepi Daging Black Pepper Yang Mudah Dan Confirm Sedap. Menambah Nasi Dibuatnya!
Siap untuk dihidang bersama kuah kacang! Apa beza ketayap dengan cucur balak. Kalau tak goreng, tu kita panggil ketayap. Kalau malas nak buat kuah kacang, beli je yang segera kan senang. Nak guna kuah sate pun boleh.
Lebihan kuah kacang makan sate semalam pun boleh dipanaskan dan dihidang dengan cucur balak diwaktu pagi. Takdelah terbuang dan membazir. Menarik kan resepi cucur balak ni. Orang Utara yang dah lama merantau, boleh la buat sendiri cucur ni kat rumah.
Tak susah mana pun. Follow sebijik-sebijik resepi ni confirm menjadi! Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Roslina Shaari Ina Kie kerana sudi berkongsi resepi cucur balak ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!