Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Kerabu Mangga Bunga Kantan. Sedap Dan Marvellous!
Kalau dihidangkan kepada kita kerabu mangga memang tak boleh lah nak tolak. Bayangkan kerangupan dia, sedapnya dengan rasa masam buah mangga tu. Boleh rasa sampai kecur air liur dibuatnya.
Nak buat kerabu mangga ni senang sangat sebenarnya. Semua orang boleh buat kalau kita tahu caranya. Bahan yang digunakan pun ikut barang apa yang ada di dapur kita. Apa yang penting, mangga muda tu wajib lah ada!
Selain makan dengan nasi putih, kerabu mangga ni memang ratah pun boleh habis licin tau! Jom saya kongsikan resepi nak buat kerabu mangga ni.
Resepi asal kerabu mangga ni, adalah milik Tuan Razak Rahim. Saya kongsikan dekat sini supaya mudah korang nak follo step by step yang dikongsikan beliau.
RESEPI KERABU MANGGA
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 biji mangga
- 2 batang lobak merah
- Kacang Tanah
- 1 kuntum bunga kantan
- 1 biji limau nipis
- Garam
- Gula
- 1 biji bawang besar
- 3 biji cili padi
- Udang Kering
- Baby Tomato / Tomato
CARA PENYEDIAAN KERABU MANGGA :
▶ Mula-mula sekali, bersihkan semua bahan dan toskan seketika.
▶ Sagat mangga dan lobak merah emnajdi halus memanjang.
▶ Dah siap, masukkan dalam bekas besar. Jika rasa 2 biji mangga terlalu banyak, boleh kecilkan portion tau.
BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Cili Kering Manis Dan Pedas. Menu Simple Dan Mudah Untuk Seisi Keluarga!
▶ Kemudian, racik halus atau mayang bunga kantan, bawang dan juga cili padi.
▶ Kacang tanah pastikan sudah dipanggang atau masak ya. Boleh juga goreng tanpa minyak di atas kuali.
▶ Satukan semua bahan hiris ke dalam bekas mangga dan lobak merah tadi.
▶ Taburkan garam dan gula. Gaul supaya sekata.
▶ Perah jus limau nipis ke serata kerabu mangga kita. Jangan lupa masukkan juga udang kering kita.
▶ Gaul semua bahan supaya sekata dan sebati. Bila semua dah sebati, rasa dulu dan tambah bahan perasa jika kurang.
▶ Rasa dah okay, boleh terus dihidangkan! Ada yang suka makan sejuk, boleh simpan dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum dihidangkan!
Kalau makan kerabu mangga ni, memang kena buat banyak. Kalau sikit akan berebut tak cukup. Biasanya nak makan kerabu mangga bunga kantan ni, dekat kampung-kampung rajin jumpa. Ataupun dekat bazar Ramadhan pasti aka nada yang jual bersama somtam.
Untuk yang baru nak belajar buat kerabu mangga ni. Boleh cuba follow resepi yang saya kongsikan dekat atas ni. Sedap dan marvellous!
Sharekan juga di wall facebook masing-masing supaya ramai lagi yang boleh dapat manfaat dengan resepi kerabu mangga sedap dan rangup ni. Cubalah! Pasti korang akan suka.