Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Masak Cili Kering Manis Dan Pedas. Menu Simple Dan Mudah Untuk Seisi Keluarga!

Ayam Masak Cili Kering
0 38,309

Hari-hari memang wajib ada hidangan ayam tak kira lah untuk makan tengah hari atau makan malam. Terutama bila anak-anak yang tak makan ikan, daging dan seafood. Ayam jugalah menjadi pilihan.

Kadang-kadang buntu juga fikir nak masak apa dengan ayam yang ada. Ayam goreng sudah, ayam bakar sudah, ayam percik sudah, ayam sambal, kari ayam, gulai masak lemak semua sudah. Ada masakan lain yang boleh kita cuba?

Ya! Cuba buat ayam masak cili kering ni. Resepi dia simple dan senang je nak buat. Tapi, bila dah siap, makan dengan nasi putih memang marvellous.

Resepi ni dikongsikan dari Mingguan Wanita. Namapak macam sedap dan simple. Jom saya kongsikan apa bahan yang digunakan dan macam mana nak buat ayam masak cili kering ni.

 

RESEPI AYAM MASAK CILI KERING

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Ayam ( potong kecil-kecil)
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji cili padi
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK CILI KERING :

▶ Mula-mula skali, potong ayam kecil -kecil dan basuh bersih.

▶ Gaulkan dengan tepung jagung dan juga telur.

▶ Panaskan minyak dan goreng hingga garing dan ayam masak sempurna. Jangan sampai garing sangat ye.  Angkat dan toskan.

▶ Kemudian, tumis cili kering potong dan daun kari sehingga garing.

▶ Seterusnya masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi hiris.

▶ Gaul sekata dan masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan pes asam jawa. Masukkan sedikit air dan kacau semua sekata.

▶ Bila dah sedikit menggelegak, perasakan dengan garam dan gula.

▶ Akhir sekali, maasukkan ayam yang digoreng tadi dan bawang besar sebagai hiasan.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Buat Sup Ayam Simple Dan Sedap Berempah. Resepi Mudah Makan Musim Hujan!

Waah! Simple sangat nak buat ayam masak cili kering ni. Aroma dia memang sedap dan lazat! Tapi kalau tak nak terlalu pedas, cukup sekadar gunakan cili kering sahaja. Tak perlu tambah cili padi lagi.

Nak lagi sedap, ada yang suggestkan untuk akhir sekali, perah sedikit jus lemon ke atas ayam kita. Makan dengan nasi panas memang layanz!

Untuk yang nak cuba buat resepi ayam masak cili kering ni, saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open