Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Kuih Talam Suji Coklat. Resepi Lejen Original Kampung!
Ada yang suka makan kuih lapis suji coklat? Ada juga yang memanggilnya dengam nama kuih talam suji coklat. Ramai juga yang belum kenal tepung suji rupanya.
Selain tepung gandum, tepung jagung, tepung beras, tepung pukut dan sebagainya tu. Ada satu lagi tepung yang mungkin ada yang tahu, tapi tak ramai yang kenal dengan tepung suji.
Tidak semua kuih boleh dibuat menggunakan tepung suji. Menurut Chef Amar, tepung suji merupakan bahan yang dikisar dari bahagian yang paling berkanji dalam biji gandum.
Oleh yang demikian, tepung suji ni mengandungi sumber protein yang tinggi. Selain unuk buat kuih, tepung suji juga dijadikan sebagai bahan memekatkan kuah seperti mana tepung jagung.
Menggunakan tepung suji ni, saya nak kongsikan macam mana nak buat kuih lapis talam suji coklat. Terima kasih kepada Cik Puan Iedaa Jahaya sebab sudi kongsikan kepada kita semua resepi sedap ni.
RESEPI KUIH LAPIS TALAM SUJI COKLAT
Sesuai dibuat sebagai makanan pagi, kuih lapis talam suji ini juga boleh dijadikan hidangan minum petang ketika beraktiviti santai bersama keluarga. Hidangan yang mudah dibuat dan mempunyai rasa yang sangat sedap.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 cawan tepung suji
- 2 cawan santan cair
BAHAN LAPISAN BAWAH :
- 1 cawan santan pekat
- 1 biji telur
- 1 ¼ cawan gula castor
- Esen vanilla
- Pewarna kuning
BAHAN LAPISAN ATAS :
- 1 ¼ cawan gula castor
- 1 cawan tepung gandum
- 2 cawan santan cair
- 1 cawan santan pekat
- Sedikit garam
- Esen vanilla
- 1 biji telur
- 2 sudu kecil serbuk koko
CARA PENYEDIAAN KUIH LAPIS TALAM SUJI :
▶ Mula-mula sekali, rendam santan cair dengan tepung suji. Rendam lebih kurang 30 minit. Kemudian ketepikan dulu seketika.
▶ Seterusnya, satukan semua bahan lapisan bawah sampai sebati.
▶ Campurkan dengan tepung suji yang direndam dengan santan.
▶ Masak dengan api yang sederhana. Kacau sampai sedikit pekat.
▶ Bila dah pekat, tutup api dan tuang ke dalam loyang.
▶ Loyang pastikan dan oleskan dengan minyak dan lapik dengan plastik.
▶ Kukus selama 20 minit sahaja.
▶ Sementara tu, jom siapkan bahagian atasnya pula.
▶ Bancuh serbuk koko dengan air panas.
▶ Satukan semua bahan untuk lapisan atas sampai sebati.
▶ Tapis serbuk koko tadi dan tuang sekali dalam adunan.
▶ Masak atas api sederhana sehingga pekat.
▶ Tutup api dan tuangkan atas lapisan bawah tadi. Sebelum tuang, cakar-cakar dulu dengan garfu supaya mudah melekat.
▶ Kukus lagi selama 20 minit.
▶ Sejukkan seketika sebelum keluarkan dari loyang dan dipotong.
BACA JUGA: Cara Buat Masakan Ayam Masak Cili Hijau Petai. Sekali Makan Comfirm Repeat!
Fuuh! Kalau dihidangkan kuih lapis talam suji ni, memang susah nak tolak. Sebab nak dapatkan tepung suji tu tidak semudah dapatkan tepung gandum tau. Jadi biasanya Kawasan kampung ada dan mudah nak dapat kuih talam suji ni.
Jarang juga saya jumpa kuih ini dijual di Kawasan perumahan saya ni. Jadi, bila ada resepi yang kongsikan cara nak buat kuih talam suji ni bolehlah kita cuba. Sambil-sambil asah bakat buat kuih kan.
Kepada korang yang nak buat kuih lapis talam suji ni, saya rekemenkan resepi ini untuk difollow. Mudah difahami dan rasa yang super sedap. Semoga bermanfaat!