Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Pengat Pisang Simple Dan Semestinya Sedap. Sampai Licin Pinggan Dibuatnya!

0 73

Petang-petang macam ni kalau dapat pengat pisang sedap jugak kan. Kebetulan semalam ada beli pisang abu nak buat goreng.  Tapi rasa nak ubah plan pulak lepas nampak resepi pengat pisang simple ni. Dah tak sabar nak makan.

Banyak-banyak pengat, pengat pisang antara yang paling sedap. Tapi kena pilih pisang yang betul. Contoh pisang yang sedap buat pengat adalah pisang abu. Pengat ni kalau makan sejuk panas pun boleh ye. Tetap sedap!

Ada sesetengah orang suka makan pengat panas-panas, ada jugak yang suka simpan dalam peti dulu. Nak buat pengat pisang tak susah mana pun. Mudah sangat cara penyediaannya. Hasil dia pun sedap. Confirm licin pinggan nanti.

Resepi pengat pisang yang simple ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Iedaa Jahaya. Rasa lemak manis pengat ni semua cukup. Mesti korang repeat sepinggan lagi.

Ingat lagi zaman dulu. Bila arwah nenek sibuk buat pengat tapi banyak sangat. Mesti dia asingkan aku sebekas dan bekukan. Dia tahu cucu dia suka makan pengat pisang yang dibekukan. Nak makan macam aiskrim Malaysia gitu. Sedap tau!

RESEPI PENGAT PISANG SIMPLE

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan pengat pisang ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adakah : 
  • Pisang (dipotong)
  • 3 ketul gula melaka
  • 3 sdm gula
  • 1/2cwn sagu
  • 1 cwn santan pekat (kara)
  • 1 cwn air
  • Sedikit garam
  • Daun pndan simpul
  • 1/2cwn susu cair
CARA PENYEDIAAN PENGAT PISANG SIMPLE :

▶️ Mula-mula, potong pisang ikut saiz yang korang suka.

▶️ Masak 3 ketul gula Melaka bersama 3 sdm gula hingga gula Melaka larut dan mendidih.

▶️ Jirus 1/2 cwn sagu dan toskan sekejap.

▶️ Bila air gula dah mendidih masukkan sagu dan biar sagu nampak jernih.

▶️ Kemudian masukkan, 1 cwn santan pekat, 1 cwn air, sedikit garam dan daun pandan yang disimpul. Kacau semua.

▶️ Masuk pisang, biar hingga mendidih dan masuk 1/2 cwn susu cair.

▶️ Slow api dan biarkan seketika hingga mendidih.

▶️ Tutup api dan siap!

 

BACA JUGA : Resepi Sotong Paprik Ala Thai Yang Garenti Sedap. Makan Bertambah Nasi Dibuatnya!

 

Dah siap pun pengat pisang kita! Tunggu suam-suam sikit baru makan. Kang lecur pulak lidah korang makan pengat ni panas-panas. Lama jugak aku tak makan pengat pisang, tu yang teringin sangat. Terus teringat arwah nenek. Al-Fatihah.

Bulan puasa nanti, mesti ramai yang buat pengat pisang untuk pemanis mulut masa berbuka. Selain pengat pisang, pengat ubi, pengat labu ada macam-macam lagi pengat yang sedap. Contoh pengat durian. Tapi time je musim boleh makan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Iedaa Jahaya kerana sudi berkongsi resepi pengat pisang yang simple dan sedap ini di Facebook. Semoga resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open