Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Dessert Agar-Agar Tembikai. Sedap Dan Confirm Cantik Hasilnya!

0 87

Wow! Lawa sangat dessert ni. Nak makan pun rasa sayang. Dalam tembikai ni ada macam-macam buah tau. Jom try buat dessert agar-agar tembikai yang cantik ni. Sedap makan sejuk-sejuk! Rasa lega je bila lalu kat tekak nanti.

Memang teruja betul tengok hasil dessert ni. Tak pernah pun terfikir nak buat dessert buah macam ni. Rupanya kulit tembikai boleh dijadikan loyang untuk hasilkan agar-agar buah. Siap boleh potong macam potongan tembikai yang biasa kita buat.

Cara nak buat dessert agar-agar tembikai ni senang je. Tak guna banyak bahan pun. Korang hanya perlukan agar-agar, gula dan jugak buah-buahan. Terpulang ikut citarasa masing-masing. Nak guna apa je jenis buah pun boleh.

Dessert ni kalau hidang time jamuan, mesti ramai yang suka. Kejap je bekas letak dessert ni licin. Biasanya kita hidang tembikai je. Kali ni dałam tembikai tu ada macam-macam buah korang boleh jumpa. Lengkap dengan rasa masam manis.

Resepi dessert agar-agar tembikai ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Arieza Rieza. Lepas ni kalau korang plan nak buat dessert untuk jamuan, boleh la try resepi ni nanti. Cantik dan confirm sedap!

DESSERT AGAR-AGAR TEMBIKAI 

Tak sabar pulak nak cuba resepi ni kan. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan dessert agar-agar tembikai ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Agar-agar
  • Gula

 

Buah-buah yang dipotong dadu : 
  • Buah naga
  • Buah kiwi
  • Buah nenas
  • Buah betik
  • Buah tembikai
  • Buah anggur

CARA-CARA PENYEDIAAN AGAR-AGAR TEMBIKAI : 

▶️ Masukkan kesemuanya dalam buah tembikai yang dikeluarkan isinya.

▶️ Panaskan agar-agar seadanya dan tambah sedikit gula.

▶️ Tuang agar-agar dalam tembikai.

▶️ Biarkan sejuk. Kemudian, masukkan dalam peti. Siap untuk dipotong dan dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Kari Ayam Bangladesh Campur Sayur Bendi. Simple Tapi Sedap Sangat Lauk Ni!

 

Dah siap pun! Rasa manis gula tu korang nak adjust pun boleh. Letak sikit je asal ada. Sebab rasa asli manis masam buah ni lagi sedap. Dah sejuk, boleh la potong agar-agar tembikai ni macam biasa kita potong buah tembikai.

Betul-betul teruja la tengok isi buah tembikai dah bertukar macam ni. Nampak meriah sungguh. Pilih buah yang rasa masam manis dan berbera-beza warna. Hasilnya sangat menarik! Kena try buat dessert ni, tak susah mana pun buatnya.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Arieza Rieza kerana sudi berkongsi resepi atau cara nak buat dessert agar-agar tembikai ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open