Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Puding Trifle Yang Cantik Dan Sedap. Lagi Best Makan Sejuk-Sejuk. Anak-Anak Pun Suka!

0 1,938

Macam-macam resepi puding ada sekarang ni. Korang dah pernah try tak buat puding trifle? Rupa puding ni cantik sangat, ada campuran kek gulung, kastard dan mix fruit. Sedap sangat di makan sejuk-sejuk! Anak-anak pun mesti suka dapat makan puding ni.

Biasanya bila ada roti yang dah nak exprired, korang mesti buat puding kan? Sayang nak buang. Resepi ni hampir sama dengan puding roti gardenia tu. Ianya juga di hidang dengan sos kastard dan di makan sejuk-sejuk. Korang memang kena try resepi puding trifle ni. Buat dessert untuk rumah terbuka pun boleh.

Resepi ni sangat mudah di buat. Dan cuma menggunakan beberapa jenis bahan je. Setiap lapisan yang ada kat puding ni, masing-masing ada rasa tersendiri. Buat puding ni dengan anak-anak barulah syok. Rasa macam main masak-masak tau!

Musim raya ni, mesti ramai yang buat open house kan. Kat sekolah pun ada yang buat jamuan raya. Bolehlah korang buat puding trifle dan masuk dalam bekas bekas-bekas kecil tu. Senang tetamu nak makan nanti. Kalau letak kat bekas besar pun boleh. Tapi, leceh sikit nak kena potong nanti.

Resepi puding trifle ni telah di kongsikan oleh Encik Khairul Izhar melalui laman Facebooknya. Ramai juga yang share resepi ni. Korang yang tak pernah cuba lagi, boleh try follow resepinya di sini. Ikut je sebijik-sebijik cara kat bawah ni. Confirm menjadi!

 

RESEPI PUDING TRIFLE 

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Kek gulung tu korang jangan buat pula, beli yang dah siap je kat bakery tu lagi mudah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Kek gulung
  • 1 tin Susu cair
  • 1 tin mix fruit
  • 1 kotak jelly cristal
  • 3 sudu tepung castard
  • 4 sudu gula

CARA PENYEDIAAN PUDING TRIFLE :

▶️ Susun kek gulung dalam bekas. Lepas tu tekan-tekan sikit sampai mampat.

▶️ Kemudian, asingkan buah-buahan dalam tin tu dari airnya.

▶️ Dalam periuk masukkan pula 1 tin susu cair tadi & 1 tin juga air.

▶️ Masukkan gula & tepung kastard. Kacau-kacau sampai sebati & tepung kastard tak berketul-ketul.

▶️ Kemudian, baru masak atas api yang kecil sambil kacau sentiasa sampai ada letup-letup kecik tu baru tutup api.

▶️ Seterusnya tuang kastard tadi atas kek gulung tadi dan ratakan.

▶️ Agak-agak kastard dah nak keras baru susun buah-buahan atas kastard tu.

▶️ Tekan-tekan sikit buah-buahan tu supaya nanti bila tuang jelly buah tu tak timbul. Settle semua tu ketepikan dan masak jelly.

▶️ Bila dah masak jelly tu tuang ke atas kastard buah-buahan tadi. Dah siap simpan lah dalam peti sejuk bagi sejuk dulu. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Siakap Stim Limau Paling Power. Mudah Sangat Nak Buat, Rugi Tak Cuba!

 

Simpan dalam peti barulah best makan sejuk-sejuk. Musim panas ni layan puding sejuk-sejuk macam ni memang syok tau. Nyaman je rasa tekak. Warna puding ni pun menarikkan? Korang boleh letak apa je jenis buah tin kat atas kastard tu nanti. Ikut cita rasa masing-masing.

Untuk pengetahuna, Encik Khairul Izhar ni pun seorang yang gemar berkongsi resepi di wall Facebooknya. Orang lelaki kalau pandai masak, memang sedap-sedap belaka masakan diaorang tau. Tak di nafikan, chef pun banyak lelaki. 

Ribuan terima kasih juga di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi puding trifle yang cantik dan sedap ini di Facebook. Rugi tak cuba, puding ni mudah sangat nak buat. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open