Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Rendang Kacang Ayam Negeri Sembilan. Memang Mudah Dan Sedap Weh!

0 87

Ada yang tahu kewujudan rendang kacang ni. Dan ada jugak yang tak tahu. Rasanya majoriti orang Negeri Sembilan mesti tahu kan. Jom kita try resepi rendang kacang ayam Negeri Sembilan ni. Sedap dan mudah nak buat!

Yang penting jimat masa, sebab boleh masak satu lauk je. Kenapa kata satu lauk je? Dalam rendang kacang ni dah ada ayam dan jugak campuran sayur kacang panjang. So, tak perlu dah kita nak masak lauk ayam dan sayur berasingan lagi.

Sebut je pasal hidangan orang Negeri Sembilan, mesti dah tahu masak dia macam mana kan. Orang Negeri dengan hidangan pedas memang tak dapat di pisahkan. Tapi dalam hidangan ni kita guna cili padi hijau je. So, tak la pedas sangat.

Resepi rendang kacang ayam Negeri Sembilan ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Ain Qaseh. Bila baca kat komen, ada yang kata nak masak rendang orang Negeri ni tak pakai santan kotak, betul ke?

Katanya kalau guna santan kotak nanti rendang kurang berlemak. Betul jugak kan. Nak bandingkan santan kotak memang tak rasa fresh macam santan baru nak parut. Tapi semuanya bergantung ikut kemudahan masing-masing.

 

RESEPI RENDANG KACANG AYAM NEGERI SEMBILAN

Tanpa membuang masa, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan rendang kacang ayam Negeri Sembilan ni. Bahan-bahan dan step memasaknya seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Kacang panjang (dilebihkan)
  • 1 ekor Ayam
  • 3 batang serai (dititik)
  • 2 keping asam keping
  • Garam
  • 1 biji kelapa (santan pekat)/ 1kg santan kotak

Bahan-bahan kisar : 
  • Segenggam cili padi (kena banyak)
  • 2 inci kunyit hidup
  • 6 ulas bawang merah/ 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia

CARA PENYEDIAAN RENDANG KACANG AYAM NISMILAN : 

▶️ Masukkan bahan kisar, serai, ayam & santan. Gaul rata.

▶️ Kuah menggelegak, masukkan asam keping.

▶️ Masak sehingga agak kering dan masukkan sedikit lagi santan, kacang panjang & garam.

▶️ Gaul & perasakan. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Dessert Agar-Agar Tembikai. Sedap Dan Confirm Cantik Hasilnya!

 

Masak rendang kacang ayam ni bukan nak tunggu raya je baru masak. Dan ni bukan menu raya ye. Korang boleh je masak bila-bila masa lauk ni. Nak buat lauk makan tengahari ni atau makan malam pun sesuai.

Fuh! Telan air liur dan rasa nak makan terus rendang kacang ayam ni. Hidang dengan nasi putih panas-panas confirm terangkat dibuatnya. Tak susah mana pun step memasak lauk ni. Rugi sangat kalau korang tak cuba.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Ain Qaseh kerana sudi berkongsi resepi rendang kacang ayam Negeri Sembilan ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open