Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Koey Teow Goreng Sosej Yang Simple Dan Confirm Sedap. Mahu Menambah Dibuatnya!
Nak masak koey teow goreng je malam ni. Tapi tak tau nak simpan lauk apa. Udang, ayam pun takde. Tengah-tengah cari resepi koey teow dekat Facebook. Jumpa pulak resepi koey teow goreng sosej ni. Simple je cara masaknya. Nampak sedap pulak tu.
Apa orang kata “kita buat dia, bukan dia buat kita kan”. So, dengan adanya sosej sahaja. Kita boleh je hasilkan koey teow goreng yang sedap. Mahu tak menambah dibuatnya. Anak-anak pun suka sebab koey teow goreng ni ada sosej dalam penyediaannya.
Makan koey teow goreng kat kedai makan pun belum tentu sedap. Betul tak? Bazir duit je makan kat luar. Lain la kalau kita nak makan koey teow goreng kerang yang special tu. Berbaloi jugak makan kat luar. Harga kerang pun boleh tahan mahal.
Resepi koey teow goreng sosej ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nurul Ateekah. Siapa yang dah follow Facebook Cik Puan Nurul Ateekah mesti dah tahu, masakan yang beliau kongsikan sedap-sedap belaka.
Dari awal menulis blog, sampai la ke hari ini. Resepi dari Cik Puan Nurul Ateekah tak pernah mengecewakan. Dijamin sedap dan semua resepi mudah nak faham. Orang tak reti masak macam aku pun suka dengan perkongsian beliau.
RESEPI KOEY TEOW GORENG SOSEJ
Menarik betul resepi koey teow goreng sosej ni kan. Mesti ramai yang tak terfikir, koey teow campur dengan sosej pun sedap. Jom kita tengok bahan-bahan memasak yang di perlukan. Step penyediaan koey teow goreng sosej ni seperti di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 500gram koey teow
- Sawi
- Taugeh
- Kucai
- Tomato 1 biji (dibelah 6)
- Bawang putih 4 ulas (dikatok)
- Telur 2 biji digoreng pecah
- Sosej 4 batang (dipotong serong)
- Tauhu 1 ketul (dipotong dadu)
- 1 sudu besar cili kisar
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 4@5 sudu besar kicap Manis
- 1 sudu besar sos ikan
- Serbuk perasa Knorr 1 sudu kecil
- ½ cawan air putih
- Minyak masak (menumis)
- Garam (jika perlu)
CARA PENYEDIAAN KOEY TEOW GORENG SOSEJ :
▶️ Gorengkan berasingan sosej, telur goreng pecah dan tauhu.
▶️ Masukkan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
▶️ Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
▶️ Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, kicap manis, serbuk perasa serta air ½ cawan. Masak sedikit mendidih.
▶️ Masukkan koeyteow, sawi, kucai, taugeh, tomato, sosej, telur dan tauhu. Gaul rata.
▶️ Nak sedap masukkan kicap lagi sedikit. Kuatkan api dan gaul rata.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Rendang Kacang Ayam Negeri Sembilan. Memang Mudah Dan Sedap Weh!
Dah siap pun! Berbaloi masak sendiri dari beli kat luar. Semua rasa dalam koey teow goreng sosej ni pun boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Kebanyakan bahan memasak yang diperlukan dah tersedia di dapur kita. Guna bahan basic dalam masakan.
Tengok hasilnya pun nampak meriah. Koey teow goreng sosej ni boleh dihidang untuk breakfast dan makan malam. Kenyang je walaupun takde udang, sotong, ayam, daging ataupun kerang. Anak-anak pun senang nak makan koey teow goreng sosej ni.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nurul Ateekah kerana sudi berkongsi resepi koey teow goreng sosej yang simple dan sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!