Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Pulut Bangkok Dari Kelantan. Macam Makan Sira Pisang!
Bagi orang Pantai Timur kebanyakkannya, sudah pasti pernah makan dan tahu tentang pulut Bangkok atau nama lainnya adalah pulut pisang ni kan. Ada yang mengatakan kuih ini berasal dari Selatan Thai, ada juga yang sebut dari Kelantan.
Apa yang penting, bagi saya Pulut Bangkok ni rasa dia sedap namun sedikit manis kerana penggunaan pisangnya yang direbus. Memang tidak boleh dinafikan bahawa masakan masyarakat Kelantan memang agak manis berbanding negeri lain.
Pulut Bangkok ni jarang kita nak jumpa dijual di kedai-kedai selain daripada Negeri Kelantan. Melainkan ia dimasak untuk santapan sendiri sahaja di rumah masing-masing. Ada yang mengatakan rasa pulut Bangkok ni seperti makan sira pisang.
Menerusi perkongsian yang dikongsikan oleh Cik Puan Iyra Shahira ni boleh membantu kita hasilkan pulut Bangkok yang sama seperti di Negeri Che Siti Wan Kembang itu. Selain daripada resepi yang mudah, setiap Langkah yang dikongsikan juga detail.
Menurut beliau, resepi ini dipelajari dari posting salah seorang yang dijumpai dari ruangan posting di facebook. Jadi, jom kita sama-sama panjangkan resepi ini supaya lebih ramai yang tahu macam mana nak buat pulut Bangkok ni.
RESEPI PULUT BANGKOK
Kebiasaannya pulut Bangkok ini dijadikan sebagai makanan sarapan atau minum petang. Bagi sesetengah orang ianya mungkin menu baru berikutan belum pernah cuba, dan tak pernah dengar sekalipun.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- ½ kilogram beras pulut
- 6-7 biji pisang Nangka
- Santan cair secukupnya
- Kepala parut muda
- 1 cawan gula
- Secubit garam
- Plastic atau daun pisang ( untuk membalut)
- Pewarna hijau
CARA PENYEDIAAN PULUT BANGKOK / PULUT PISANG :
▶ Mula-mula sekali, basuh beras pulut dan rendam dengan pewarna hijau. Biarkan selama 1-2 jam.
▶ Dah cukup masa, kukus pulut dalam loyang. Masukkan sekali santan cair sehingga tenggelam pulut. Taburkan secubit garam. Kukus sampai pulut kita masak.
▶ Bila pulut dah masak, ketepikan seketika. Kukus pisang bersama kulit pula sehingga separa masak. Nak gunakan pisang apa pun boleh, tapi ianya lebih sedap jika menggunakan pisang Nangka.
▶ Pulut hampir sejuk, leperkan pulut di atas plastic atau daun pisang. Kopek kulit pisang dan balut pisang dengan pulut tersebut. Pastikan pisang berada di dalam pulut secara keseluruhannya.
▶ Ikat dan kemaskan balutan pulut. Kukus sekali lagi supaya pulut kita lebuh padat.
▶ Biarkan sejuk sebelum dipotong.
▶ Seterusnya, masak gula dengan sedikit air. Campurkan sedikit garam.
▶ Gula semua dah larut angkat dan gaulkan dengan kelapa parut.
▶ Akhir sekali, golekkan pulut Bangkok yang sudah dipotong ke dalam kelapa perut tersebut.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Resepi Lengkap Nasi Kerabu Kuning. Sekali Rasa Comfirm Repeat!
Waah! Seronok rasa bila ada resepi yang kongsikan macam mana nak buat pulut Bangkok ni. Cara nak buat mudah, rasa pun sedap. Siapa yang belum pernah cuba, wajib try rasa pulut Bangkok atau Pulut Pisang ni.
Bagi yang kurang suka manis, boleh kurangkan penggunaan gula kepada ¾ cawan atau ½ cawan. Dan kepada yang nak cuba, ikut je step by step yang saya kongsikan deka tatas. Dan gunakan bahan atau pisang yang ada.
Boleh simpan atau share dulu resepi pulut Bangkok ni di wall facebook korang. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat daripada perkongsian resepi kali ni. Selamat mencuba!