Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Lengkap Nasi Kerabu Kuning. Sekali Rasa Comfirm Repeat!

Nasi kerabu kuning
0 2,882

Kalau biasanya kita makan nasi kerabu yang warna biru tu kan. Tapi kali ni kita buat nasi kerabu kuning pulak. Bahan-bahan yang lain sama je macam mana nak buat nasi kerabu ni cumanya warna nasi sahaja berbeza.

Oleh yang demikian, resepi nak buat nasi kerabu ni part yang paling penting dia adalah kuah tumis yang akan dimakan bersama nanti. Sedap yang tu, sedaplah keseluruhan nasi kerabu.

Jika nasi kerabu warna biru tu, kita menggunakan bunga telang untuk mendapatkan warna biru pada nasi, tapi untuk nasi kerabu kuning ni kita akan menggunakan beberapa cara yang berbeza.

Untuk perkongsian nasi kerabu kuning ni, saya kongsikan resepi lengkap daripada Cik Puan Dani yang mana beliau kongsikan di page group Masak Apa Hari Ini (MAHN). Bagus betul perkongsian beliau ni sebab tiada satu pun yang tertinggal.

Bagi yang baru nak belajar buat nasi kerabu, bolehlah cuba ikut step by step yang dikongsikan oleh beliau ni dalam menghasilkan nasi kerabu kuning yang awesome!

 

RESEPI KERABU KUNING :

Warna yang digunakan untuk buat nasi kerabu ni terpulang kepada kita sebenarnya. Setakat hari ini, hanya 3 warna sahaj yang saya biasa nampak. Iaitu warna biru, warna kuning dan warna putih, iaitu nasi biasa.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

BAHAN NASI :

  • Beras
  • Air
  • Kunyit Hidup @ serbuk
  • 1 batang serai ( diketuk)
  • Daun limau purut ( buang uratnya)

 

CARA PENYEDIAAN NASI :

▶ Ada 3 teknik macam mana nak hasilkan nasi kerabu kuning ni.

  1. Rebus air, kunyit, serai sampai mendidih kemudian masukkan beras dan daun limau
  2. Rendam beras dalam air kunyit
  3. Pakai pewarna je

▶ Kemudian tanak nasi sampai masak.

 

Sementara nasi masak, bolehlah kita buat bahan lainnya pula. Tak lengkap nasi kerabu tanpa sambal kelapa, kuah tumis dan hidangan sampingan yang lain kan.

SAMBAL KELAPA

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Ikan Selayang / kembung
  • 1 biji kelapa parut
  • 4-5 biji bawang kecil merah
  • 3-4 ulas bawang putih
  • Garam
  • Gula

 

CARA PENYEDIAAN SAMBAL KELAPA :

▶ Rebus ikan dengan sedikit garam. Bila ikan dah masak, asingkan tulang dan isi. Tulang boleh buang.

▶ Kemudian, sangai kelapa atas kuali sehingga bertukar jadi keperangan. Lebih kurang 10 minit juga nak dapatkan hasil yang cantik. Jangan terlampau lama, nanti dia akan jadi terlalu kering

▶ Seterusnya, tumbuk isi ikan, kelapa parut, bawang merah dan bawang putih. Tumbuk sampai lumat ye bawang-bawang berkenaan.

▶ Dah siap tumbuk, masukkan semua bahan tu dalam kuali semula.

▶ Perasakan dengan gula dan garam.  Pastikan masak gunakan api yang sederhana sahaja tau.

▶ Bila semua dah sebati, boleh tutup api dan masukkan ke dalam bekas.

 

Simple je kan nak buat sambal kelapa ni. Kalau yang mana suka makan sambal kelapa ni boleh buat lebih sikit. Dan setiap kali makan nasi, taburkan sedikit sambal kelapa ni. Sedap berperisa.

 

KUAH TUMIS

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

BAHAN BLEND :

  • 4 biji bawang merah besar
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang holland
  • Cili kering ikut kepedasan masing-masing

 

BAHAN LAIN :
  • 1 batang serai
  • 200 ml santan
  • Air
  • Garam
  • Gula
  • Budu ( jika suka)

CARA PENYEDIAAN KUAH TUMIS :

▶ Mula-mula sekali, kisar je semua bahan blend sampai lumat dan hancur

▶ Asingkan sikit dalam 5 sudu. Bahan yang lain tu tumiskan dalam kuali sampai pecah minyak.

▶ Kemudian, masukkan 1 batang serai, santan dan air secukupnya. Niarkan dia masak sampai mendidih. Kacau sekejap0sekejap supaya santan kekal cantik je masak.

▶ Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Kuah tumis ni kena pekat sikit baru sedap dimakan.

▶ Perasakan dengan gula dan garam.  Titiskan sedikit budu jika suka.

▶ Bila dah masak cantik, rasa dah sedap boleh padamkan api dan masukkan ke dalam mangkuk.

Wah! Nasi dah siap masak, sambal kelapa pun dah sedia. Kuah tumis dah ready dalam bekas untuk dimakan. Cukup dengan 3 bahan ni pun dah boleh makan nasi kerabu kuning ni. Cuma rasanya belum lengkap.

 

BACA JUGA: Buat Kek Pisang Kukus Gebu Dan Moist. Hanya Dengan 4 Langkah Sahaja Dah Siap!

 

Ada yang suka makan dengan ayam bakar, daging bakar, atau rendang dan sebagainya. Masih ingat bahan kisar yang kita asingkan 5 sudu tadi? kita asingkan sebab nak buat sebagai perapan ayam.

Tak susah nak buat ayam bakar versi simple kalau ikut resepi ni. Ayam kita basuh bersih dan perapkan dengan bahan tumis dan sedikit garam. Anggaran dalam 30 minit pun dah okay. Panaskan kuali. Gunakan kuali non stick lebih mudah.

Masukkan ayam dan biarkan separa masak. tutup kuali untuk dia masak sekata. Bila ayam dah separa masak bagi kedua-dua bahagian masukkan sedikit kuah tumis tadi. biarkan sekejap sampai ayam masak sempurna.

Sebagai penambah selera, sediakan hidangan nasi kerabu kuning dengan ulam-ulaman yang diracik halus. Antara yang sesuai digunakan adalah bung kantan, serai, kacang Panjang, timun, daun kesum, taugeh dan kobis.  Sedapnya dimakan bersama keluarga tersayang!

Simpan dulu resepi ini supaya mudah kita nak rujuk untuk buat bila berkesempatan nanti. Kepada yang try buat, saya ucapkan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open