Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Rendang Daging PKP. Raya Tetap Raya, Wajib Disambut Walaupun Dalam Keadaan Sederhana!

0 92

Esok nak raya. Walaupun tengah PKP tapi kita tetap kena sambut Raya Korban ni dalam keadaan sederhana. Tentu ramai yang dapat daging qurban kan? Jom kita follow resepi rendang daging PKP disini. Bolehlah masak untuk raya ni.

Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji berkaitan dengan ibadah korban dan Haji yang dilakukan oleh seluruh umat Islam di dunia ini. Pasti ada antara kita yang terkenangkan sejarah kisah Nabi Ibrahim dan anak sulungnya Nabi Ismail kan.

Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s melalui mimpi untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Dimana perintah Allah SWT ini telah dipersetujui oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Pengorbanan Nabi Ibrahim ini merupakan satu pengorbanan yang amat besar kerana Nabi Ibrahim telah menunggu dalam masa yang lama untuk mendapatkan anak. Itulah dia serbah sedikit tentang kisar disebalik raya korban ini.

Memandangkan ini adalah kali kedua kita menyambut raya korban dalam keadaan pendemik covid-19. Apa kata kita ikuti perkongsian resepi rendang daging PKP yang dikongsikan oleh Encik Saiful Nasuha.

 

RESEPI RENDANG DAGING PKP

Memang sedih tak dapat beraya dikampung. Tapi, ini mungkin salah satu pengorbanan yang kita boleh buat untuk negara. Semoga covid-19 diangkat Allah SWT dari muka bumi ini. Okey, tak nak sedih. Jom masak, esok nak raya!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 1/2 kilo daging tempatan
  • Santan fresh RM5
  • 4 sdb kerisik
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 3/4 keping gula nisan
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak masak
  • 1 helai daun pandan (dicarikkan)
  • 4 helai daun kunyit (dicarikkan)
  • 2 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • 7 helai daun limau purut (dibelah dua)

 

Bahan kisar :
  • 2 genggam cili kering direndam air panas
  • 4 biji bawang sederhana besar
  • 8 biji bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 inch lengkuas
  • 2 inch halia
  • 10 batang serai
  • 4 ketul kunyit hidup

CARA PENYEDIAAN RENDANG DAGING PKP :

▶️ Basuh daging dan toskan.

▶️ Sediakan bahan kisar dan ketepikan.

▶️ Masukkan daging, bahan kisar, minyak masak dan daun pandan yang dicarikkan ke dalam periuk.

▶️ Rebus sehingga daging setengah empuk.

▶️ Kemudian, masukkan santan dan gaul.

▶️ Masukkan pula gula nisan dan biarkan ia larut.

▶️ Masukkan asam gelugor. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

▶️ Masak sekejap dan masukkan daun kunyit yang dicarikkan bersama daun limau purut.

▶️ Apabila air dah mula kering sedikit, masukkan kerisik. Masak sehingga mesra.

▶️ Akhir sekali, taburkan daun kunyit yang dihiris halus. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Ada Waffle Maker Dirumah? Jom Cuba Resepi Waffle Homemade. Berbaloi Dan Confirm Menjadi Dengan Jayanya!

 

Seperti biasa di hari raya, setiap rumah akan menyediakan menu ketupan, lemang dan nasi impit. So, anda boleh memilih salah satu menu yang ingin anda hidangkan bersama rendang daging PKP ini. Ketupat mestilah dengan rendang kan.

Rendang boleh dimasak dengan pelbagai cara. Antara jenis-jenis rendang yang popular adalah rendang tok, rendang cili padi, rendang dendeng, rendang ayam lengkuas dan macam-macam lagi.

Apa saja jenis rendang yang dimasak untuk menyambut hari raya, pasti disukai ramai. Inilah hari yang menyatukan kita semua. Semoga resepi rendang daging PKP ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open