Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Manisan Gulab Jamun Dari Scratch Yang Anda Wajib Cuba. Tak Ada Khoya Boleh Guna Susu Pekat Atau Susu Tepung Je!
Resepi manisan gulab jamun merupakan manisan yang berasal dari scratch. Jom kita ambil tahu apa yang dimaksudkan dengan gulab jamun. Gulab membawa maksud rose manakalah jamun pula ialah berry.
Jadinya, gulab jamun secara keseluruhannya membawa maksud bebola berry yang dimasukkan kedalam syrup gula berperisa rose. Resepi ini memerlukan “khoya” dalam penyediaannya. Apa pula yang dimaksudkan dengan khoya tu?
Khoya atau pun mawa adalah milk solid kering yang terhasil daripada merebus susu dengan api perlahan sehinggakan ia kering dan menjadi sedikit pekat berkrim. Susu yang digunakan mestilah susu lembu penuh lemak.
Di Malaysia, macam tak de lagi yang membuat manisan gulab jamun menggunakan khoya. Jadi, macam mana nak buat khoya pula? Jangan bimbang, anda boleh gunakan susu pekat atau susu tepung sahaja. Yang penting teksturnya lembut.
Manisan istimewa ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Syu Azis. Beliau sering kali memperkenalkan makanan yang berasal dari negara India. Untuk menghasilkan khoya, makan masa lebih kurang 1 jam setengah. Agak lama tapi berbaloi.
RESEPI GULAB JAMUN
Sebenarnya cara penyediaannya tidaklah renyah. Cuma untuk mneghasilkan khoya saja yang perlu mengambil masa. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk gulab jamun :
- 1 cawan Khoya/ Mawa (milk solids)
- 1/2 cawan Tepung gandum
- 1/2 sudu teh Baking soda
- 2 sudu besar Ghee (untuk bentukkan bebola)
- Ghee atau minyak masak (untuk menggoreng bebola)
- Almond (Optional)
Bahan untuk suger syrup :
- 2 cawan gula (perlu pekat dan melikat)
- 2 cawan air
- 3-4 biji buah pelaga
- 1 sudu kecil rose water (optional)
- 1/2 sudu teh kesar/ saffron (optional)
- 1/2 sudu lemon jus/ jus limau nipis (supaya sugar syrup kita tak jadi kristal nanti)
CARA PENYEDIAAN GULAB JAMUN :
Cara penyediaan gulab jamun :
▶️ Campurkan khoya, tepung gandum, baking soda dan ghee.
▶️ Kepal kepalkan sehingga tiada ketulan.
▶️ Jadikan doh kecil dan letak tepi. Boleh masukkan almond didalamnya.
▶️ Panaskan minyak atau ghee dengan api sederhana. Apinya tak kuat dan tak juga perlahan.
▶️ Gorengkan sehingga kecoklatan. Angkat dan letak tepi sekejap.
Cara penyediaan sugar syrup :
▶️ Masukkan kesemua bahan dan masak sehingga pekat melikat. Biarkan air gula suam terlebih dahulu.
Proses akhir dalam penyediaan gulab jamun :
▶️ Masukkan kesemua bebola yang hangat dalam sugar syrup yang suam. Biarkan ia sehingga 2-5 jam atau sehingga meresap jauh ke dalam bebola. Siap!
BACA JUGA: Resepi Roti Keju Bakar Guna 5 Bahan Je. Mudah Dibuat Dan Sedap Sangat Hasilnya!
Siap untuk dihidang! Gulab jamun ini dimakan dengan aiskrim pun sedap. Tapi nak makan macam tu pun dah okey sangat. Hati-hati, sebab sangat manis ye! Skala gulanya lebih kurang 9/10 kata Cik Puan Syu kita.
Gulab jamun yang sangat sedap dan resepi yang berjaya perlulah super lembut dan cair didalam mulut. Nenek tak ada gigi pun seronok je makan. Anda bolehlah cuba resepi ni. Tapi tak boleh makan selalu. Kencing manis dibuatnya.
Kepada mereka yang suka mencuba resepi baru terutamanya manisan dari india. Anda boleh selit resepi ni dan buat secara homemade. Semoga resepi gulab jamun ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!