Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Mudah Buat Kuih Lapis Guna 5 Bahan Je. Tak Sabar Nak Hidang Pagi-Pagi Esok!
Nak cuba resepi kuih lapis guna 5 bahan? Seperti yang kita tahu, kuih lapis adalah kuih tradisional Melayu yang cukup disukai ramai. Kuih lapis juga terdiri daripada beberapa lapisan dan diselang selikan warnanya dengan warna asal adunan.
Kuih lapis sangat sinonim dengan warna merah putih. Tetapi juga boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing. Contohnya seperti warna asli daun pandan iaitu hijau. Dan warna coklat asli dari gula Melaka.
Kuih lapis ini mempunyai tekstur yang lembut dan menggunakan tepung beras. Sesuai dihidangkan untuk semua peringkat umur. Kuih ini juga sering terjual dimana-mana gerai tepi jalan yang menjual sarapan pagi.
Memandangkan esok raya, boleh juga buat kuih lapis ini untuk hidangan dipagi raya. Bila ada majlis kenduri kendara dikampung, kuih ini sering kali menjadi pilihan untuk hidangan buat para tetamu yang datang.
Dengan mengikuti perkongsian dari Cik Puan Suzana Nurkasih, anda mampu menghasilkan kuih lapis yang paling mudah dan cuma perlu menggunakan 5 bahan sahaja. Sangat mudah dan boleh dibuat bila-bila masa yang anda suka.
RESEPI KUIH LAPIS
Adunan kuih lapis akan dimasukkan kedalam loyang dan dikukus. Bila menggunakan loyang, anda akan perolehi kuih lapis dalam kuantiti yang banyak bila dipotong. Sangat sesuai dijadikan menu kuih muih dimajlis kenduri kendara.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 1/2 cawan tepung beras
- 5 1/2 cawan santan (guna 2 kotak santan yang kecil + air)
- 1 cawan gula
- 1 sudu teh garam
- 2 sudu besar pewarna ros
CARA PENYEDIAAN KUIH LAPIS GUNA 4 BAHAN :
▶️ Satukan semua bahan diatas kacau smpai gula larut dan tapis.
▶️ Kemudian, bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu lapisan dicampur dengan pewarna ros dan satu lagi biarkan warna asal.
▶️ Sapu loyang saiz 8″ guna minyak atau mentega.
▶️ Kukus guna api yang sederhana. Setiap lapis kukus selama 7 minit.
▶️ Setiap lapisan menggunakan sukatan 1 cawan je, kalau nak lagi nipis boleh kurangkan sikit.
▶️ Lapisan terakhir kukus selama 20 minit.
▶️ Selepas 20 minit, buka api besar dan kukus dalam 5 minit supaya air dalam adunan yang kita kukus tadi kering.
▶️ Tunggu smpai betul-betul sejuk barulah dipotong. Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Rendang Daging PKP. Raya Tetap Raya, Wajib Disambut Walaupun Dalam Keadaan Sederhana!
Mudahkan! Jangan potong kuih yang baru keluar dari pengukus. Kalau ada air wap pada permukaan kuih, buang dan biarkan kuih sejuk seketika. Potong guna pisau kek pun boleh. Tapi sapu minyak pada pisau supaya bentuk potongan cantik.
Pelbagai resepi kuih tradisional Melayu yang ada. Dan masing-masing mempunyai keenakannya yang tersendiri. Lepas ni nak buat kuih lapis boleh follow je resepi ni. Ada yang guna warna daripada air sirap merah juga tau.
Walaupun warnanya merah, anda juga boleh menggunakan daun pandan semasa mencairkan gula. Untuk mendapatkan aroma yang wangi pada kuih. Semoga resepi kuih lapis guna 5 bahan ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!