Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Cucur Jagung Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam. Makan Panas-Panas Dengan Sos Cili, Sedap Sangat!

0 1,226

Ada tak kat sini penggemar cucur jagung? Apa kata korang try masak resepi cucur jagung yang rangup di luar dan lembut di dalam ini. Fuh! Makan panas-panas dengan sos cili memang sedap. Rugi sangat kalau tak cuba!

Cara penyediaan cucur jagung ini sangatlah mudah. Lebih kurang sama dengan cara penyediaan cekodok bawang atau cekodok ikan bilis. Tapi, cucur jagung ni akan di campur dengan hirisan isi jagung, cili blend dan udang kecil.

Korang nak gantikan udang kecil kepada ikan bilis di tumbuk kasar pun boleh. Sama juga dengan penggunaan cili blend, korang boleh gantikkan cili blend dengan cili kering tumbuk kasar kalau korang suka.

Resepi cucur jagung yang sedap ini telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Ana Mariana Ismail. Korang follow je sebijik-sebijik, confirm menjadi! Korang jangan lupa guna jagung fresh tau. Barulah manis isinya.

Cucur jagung ini juga sesuai di jadikan hidangan minum petang bersama keluarga. Korang boleh cicah dengan sos cili atau makan macam tu je ikut selera masing-masing. Guna sos cili maggie je dah ok sangat.

 

RESEPI CUCUR JAGUNG

Resepi pun dah ada. Kalau free bolehlah try buat kat rumah untuk berbuka puasa nanti. So, tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Isi jagung (dihiris)
  • Tepung gandum
  • Cili blend
  • Udang kecik @ ikan bilis (ditumbuk kasar)
  • Bawang besar (dihiris)
  • Serbuk kunyit + serbuk ikan bilis
  • Garam + gula secukup rasa
  • Telur sebiji
  • Air suam

CARA PENYEDIAAN CUCUR JAGUNG :

▶️ Masukkan tepung gandum (agak-agak padan dengan bahan-bahan lain), isi jagung, bwg besar, udang, serbuk kunyit, garam, gula, serbuk ikan bilis dan cili kisar. Gaul rata semua bahan.

▶️ Seterusnya, pecahkan sebiji telur.

▶️ Bancuh adunan jangan terlalu pekat atau cair.

▶️ Masuk air sedikit demi sedikit agak-agak senang kita nak jemput guna tangan.

▶️ Kemudian, goreng cucur guna minyak yang banyak dan api sederhana.

▶️ Bila dah masak, angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Masak Ayam Kam Heong Yang Simple Dan Mudah Dibuat. Sedap Sangat Makan Dengan Nasi Putih Panas-Panas!

 

Mudah je kan! Dah siap cucur jagung yang rangup di luar dan lembut di dalam. Cucur jagung ni memang letops. Kalau korang suka makan jagung, kali ni baik korang try cucur jagung ni. Mesti terngiang-ngiang nak makan lagi.

Cik Puan Ana Mariana Ismail ni memang gemar berkongsi resepi masakan di wall Facebook milik beliau. Semua resepi yang beliau share kat Facebook nampak sedap-sedap belaka. Resepi cucur jagung ni antara resepi yang viral tau! Kat Facebook dah ada 18K share.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi cucur jagung yang rangup di luar dan lembut di dalam ini. Confirm tak rugi nak cuba resepi ni. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open