Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Pucuk Ubi Tempoyak Petai Yang Memang Sedap. Tak Toleh Kiri Kanan Dibuatnya!
Resepi pucuk ubi tempoyak petai ini merupakan salah satu masakan original Negeri Sembilan. Agak panjang namanya, tapi orang negeri panggil sebagai sambal daun kayu je. Resepi ini menggunakan tempoyak untuk dijadikan lemak dalam masakan.
Cara memasaknya sangatlah mudah. Dan cuma menggunakan beberapa bahan sahaja. Bahan yang paling penting ialah pucuk ubi, petai dan juga tempoyak. 3 bahan ini wajib ada barulah boleh hasilkan pucuk ubi tempoyak petai yang sedap.
Seperti yang kita tahu, masak lemak cili api negeri sembilan tidak menggunakan bawang dalam masakannya. Begitu juga dengan resepi pucuk ubi tempoyak petai ini. Tidak menggunakan bawang merah ataupun bawang putih dalam penyediaannya.
Macam mana nak masak tu? Senang je, jom kita ikuti resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Zuriani Zuhri. Terima kasih diucapkan kepada beliau, kerana sudi berkongsi resepi ini difacebook.
1.2K share difacebook beliau. Rata-rata meninggalkan komen “sedapnya” dan tak sabar nak mencuba. Makan dengan nasi putih panas-panas boleh terangkat dibuatnya. Tak toleh kiri kanan tau!
RESEPI PUCUK UBI TEMPOYAK PETAI
Step memasak pun tak renyah. Simple dan pastinya anda dah tak sabar nak mencuba resepi super sedap ini kan. Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya. Jom masak!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Pucuk ubi
- Petai
- Tempoyak
- 3 btg Serai
- Cili padi
- Santan
- Serbuk kunyit/ kunyit hidup
- Sedikit kerisik
- Garam dan bahan perasa
- Sedikit ikan bilis
CARA PENYEDIAAN PUCUK UBI TEMPOYAK PETAI :
▶️ Pucuk ubi dicelur terlebih dahulu untuk hilangkan rasa pahit.
▶️ Blend cili padi, serbuk kunyit dengan ikan bilis dan sedikit air.
▶️ Masukkan tempoyak dalam blender, blend sehingga halus.
▶️ Kemudian, masukkan tempoyak dalam kuali. Masukkan juga petai, serai, kerisik dan santan. Kacau sebati.
▶️ Perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya.
▶️ Masak sehingga pucuk ubi lembut. Siap!
BACA JUGA: Resepi Kek Marble Yang Moist, Gebu Dan Cantik. Yang Paling Penting Sedap Dan Mudah Dibuat!
Siap untuk dihidang. Resepi pucuk ubi tempoyak petai ni nak campur dengan ikan masin pun sedap tau. Boleh tambah kalau nak. Susah juga jumpa orang yang tak makan tempoyak ni kan. Ramai penggemarnya.
Bila masak sendiri ni lebih puas hati kan? Tak sama dengan yang kita beli kat luar. Kekadang makanan yang kita beli ni tak ngam pula dengan tekak. Terkurang masin lah, tawar lah dan macam-macam lagi.
Kepada mereka penggemar tempoyak dan nak rasa makan sayur kampung. Boleh cuba resepi pucuk ubi tempoyak petai ini. Petai pun banyak khasiatnya. Semoga resepi ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!