Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Ada Waffle Maker Dirumah? Jom Cuba Resepi Waffle Homemade. Berbaloi Dan Confirm Menjadi Dengan Jayanya!

0 1,247

Siapa ada waffle maker dirumah? Jom follow resepi waffle homemade disini. Mudah sangat nak buat, lebih jimat dan berbaloi buat sendiri. Sesuai dihidangkan bila-bila masa anda suka. Rangup dan boleh dipelbagaikan intinya.

Musim PKP ni tak boleh nak keluar sesuka hati. Apa kata, mereka ‘si penggemar’ waffle beli je waffle maker untuk dirumah. Bila-bila nak buat follow je resepinya disini. Sedap sangat dimakan panas-panas.

Bila beli diluar, sampai je dirumah waffle dah melembut. Mungkin ada antara kita yang tak suka bila waffle dah lembut. Mereka lebih suka rangup. Jadi, pilihan terbaik adalah beli waffle maker untuk kegunaan anda dirumah.

Inti waffle boleh dipelbagaikan. Contohnya kalau suka coklat, boleh gunakan nutella. Letak lah sebanyak mana yang anda suka. Keluar je dari acuan terus letak coklat nutella. Boleh masuk mulut terus. Wah sambil menulis, sambil merasai keenakan waffle ni.

Pelbagai resepi yang dicuba sejak musim PKP. Lebih selamat masak dirumah dari beli diluar. Jom kita ikuti perkongsian resepi waffle homemade dari Cik Puan Nonie Nuar. Ramai juga yang share resepi ni. Lebih kurang 6.1K share dan 4.5K like.

 

RESEPI WAFFLE HOMEMADE

Siapa antara penggemar waffle ni? Confirmlah anak-anak kan. Tapi, masih ramai orang dewasa yang suka pemanis mulut ini. Tanpa membuang masa lgi jom kita lihat bahan-bahan yang dipelukan dan bagaimana cara penyediaannya.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :  
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1 sb gula
  • 1/3 sk garam

 

Bahan B :
  • 1 cwn susu segar
  • 3 sb minyak
  • 1 biji telur
  • 2 sk esen vanila

CARA PENYEDIAAN WAFFLE HOMEMADE :

▶️ Kacau kesemua bahan A hingga sebati.

▶️ Dalam mangkuk yang berasingan, kacau pula kesemua bahan B hingga sebati mengunakan whisk.

▶️ Campur adunan bahan B tadi ke dalam adunan bahan A. Kacau sampai sebati.

▶️ Biarkan adunan seketika lebih kurang 15-30 minit.

▶️ Sapukan butter atau planta pada waffle maker.

▶️ Tuang 2 senduk bancuhan dan tutup waffle maker.

▶️ Masak hingga waffle garing. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Sup Ayam Thai Yang Simple Dan Sedap. Ala-Ala Makan Kat Kedai Siam Hasilnya!

 

Dah siap! Mudahkan. Masak lama sikit tekstur waffle akan lebih garing. Lagi rangup lagi sedap! Dah masak baru pilih inti yang anda suka untuk disapu pada permukaan waffle. Nak gabung dua inti pun boleh. Contohnya, coklat dan peanut.

Boleh kopak juga mak-mak, kalau hampir setiap hari anak-anak nak waffle. Kan lebih baik beli je terus waffle maker. Bahan adunan tepung pun mudah je diperolehi. Dan tidak memerlukan bahan yang banyak. Cuma perlu sedikit-sedikit je sukatan bahan.

Ada lagi yang suka dengan waffle? Lepas ni follow je resepinya disini. Memang puas hati dengan hasilnya. Sesedap waffle yang dijual diluar. Semoga resepi waffle homemade ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open