Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ayam Masak Merah Style Orang Dulu-Dulu. Lauk Ni Selalu Buat Untuk Kenduri!
Ayam masak merah dah familiar dengan kita. Tapi lain orang, dah tentu lain cara memasaknya. Nah, ni dia resepi ayam masak merah style orang dulu-dulu. Hidangan ni selalu di masak time kenduri ye.
Ayam masak merah style orang dulu-dulu ni nampak menarik. Warnanya smooth je. Tak terlalu merah dengan cili. Rasa dia pun takde la pedas sangat. Anak-anak pun boleh makan tau ayam masak merah style orang dulu-dulu ni.
Lauk ayam masak merah ni jugak dah sinonim dengan hidangan masa kenduri. Ada banyak versi atau cara memasak yang mudah korang boleh gunakan. Versi ni pun dah mudah dan tak guna banyak bahan memasak.
Resepi ayam masak merah style ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Tengku RosElyza Raja Muhammad. Menurut beliau, masak merah ni ada 3 versi. Versi pertama beliau dah pernah kongsikan sebelum ni di Facebook.
Untuk versi pertama ni kita akan guna banyak bahan, versi kedua pulak simple dan versi ketiga akan beliau kongsikan dengan kita kelak nanti. Mak-mak sekarang yang bekerja mesti suka resepi simple tapi sedap ni kan. Jom try versi dulu.
RESEPI AYAM MASAK MERAH STYLE ORANG DULU-DULU
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahah-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan ayam masak merah style orang dulu-dulu ni. Bahan-bahan dan step memasaknya seperti di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1/2 ekor ayam (lumur bersama kunyit dan garam, goreng separuh masak)
- 2 senduk kecil cili kering kisar (senduk bancuh air)
- 2-3sdb sos cili cap arnab
- Garam dan gula secukup rasa
- 1/2 kotak santan
- 1-2 cawan air
- Serai diketuk
- Bunga lawang dan kayu manis
- 4biji bawang merah besar
- 7 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2biji tomato
CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK MERAH STYLE ORANG DULU-DULU :
▶️ Hiris 2 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia dan ketepikan.
▶️ Kisar bawang 2 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih dan 1 inci halia. Ketepikan.
▶️ Panaskan minyak tumis bahan hirisan bersama bunga lawang, kayu manis, halia dan serai sehingga naik bau.
▶️ Masukkan bahan kisar dan cili kering kisar dan masak sehingga pecah minyak.
▶️ Masukkan ayam goreng dan gaul rata.
▶️ Masukkan santan dan tambah air. Masak sehingga mendidih.
▶️ Masukkan tomato yang telah dipotong, masukkan garam dan gula secukup rasa.
▶️ Masak lagi sehingga mendidih dan tutup api. Siap!
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Tortilla Chicken Wrap Untuk Dinner. Boleh Makan Ramai-Ramai, Lagi Jimat!
Dah siap pun ayam masak merah style dulu-dulu kita ni. Cantik je warna dia kan. Makan dengan nasi putih panas-panas, confirm terangkat dibuatnya. Korang yang dah rindu makan lauk kenduri, boleh try masak merah ni kat rumah nanti.
Siapa pernah beli sos cili cap arnab? Tak pernah lagi jumpa sos cili ni. Tapi kalau korang nak beli, boleh try dapatkan di shopee. Mungkin ada jugak kedai runcit yang jual sos ni. Mungkin rasanya berbeza dengan sos cili yang biasa kita gunakan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Tengku RosElyza Raja Muhammad kerana sudi berkongsi resepi ayam masak merah style dulu-dulu ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!