Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ikan Cencaru Sambal Goreng Pedas. Confirm Sedap Dan Menambah Nasi Dibuatnya!
Esok nak masak, malam ni dah kena fikir nak masak lauk apa. Ha, ni dia resepi ikan cencaru sambal goreng pedas untuk korang cuba kat rumah. Biasanya masak sambal goreng pedas ni kita guna ikan keli. Kali ni try guna ikan cencaru pulak. Sedap tau!
Lain orang lain citarasanya. Yang suka makan pedas dan tak kisah makan apa jenis lauk mesti suka ikan cencaru sambal goreng pedas ni kan. Makan dengan nasi putih panas-panas confirm sedap! Dah tak perlu nak buat sambal asing lagi untuk cicahan.
Rasa dia memang power weh. Sedap yakmat! Lagi-lagi bila pedaskan lagi lauk kita ni. Korang boleh adjust penggunaan cili dalam hidangan ni terpulang ikut citarasa masing-masing. Dalam resepi ni kita guna 10-15 cili api ye!
Boleh campur cili api hijau dan cili api merah. Kalau nak extra pedas, lebihkan je cili api merah tu nanti. Lauk ni makan dengan ulam pun dah nikmat. Hidangan kampung macam ni memang membuka selera. Bertambah nasi dibuatnya.
Resepi ikan cencaru sambal goreng pedas ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Tengku RosElyza Raja Muhammad. Resepi ni viral sampai 1.9k share tau. Ramai yang suka dan nak cuba lauk ni.
RESEPI IKAN CENCARU SAMBAL GORENG PEDAS
So, tak nak buang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan lauk ikan cencaru sambal goreng pedas ni. Bahan-bahan dan step memasaknya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ikan cencaru (dibuang kulit keras dan goreng. Boleh ganti dengan ikan lain atau ayam)
- 3 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 10-15 biji cili api
- 2-3 biji cili merah besar
- Air asam @ asam keping
- 1 btg serai
- Sedikit belacan
- Segenggam ikan bilis
- Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN IKAN CENCARU SAMBAL GORENG PEDAS :
▶️ Goreng ikan sampai garing dan ketepikan.
▶️ Kisar kasar belacan, bawang, cili api dan ikan bilis cili merah . Jangan kisar halus sangat.
▶️ Panaskan minyak, tumis bahan tumisa dan masukkan serai yang diketuk. Selepas tu tumis sampai dia pecah minyak.
▶️ Minyak lebih supaya bahan tumisan tidak kering dan tumisan akan jadi cantik.
▶️ Masukkan air asam @ asam keping. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
▶️ Tuang atas ikan dan siap!
BACA JUGA : Resepi Kuih Gunting Yang Rangup Dan Sedap. Krup Krap Krup Krap, Cepat Je Habis Sebalang!
Sekali sekala tukar selera apa salahnya betul tak. Bosan jugak asyik makan ikan keli sambal goreng. Esok dah tak payah pening kepala nak fikir masak lauk apa lagi. Kita masak je lauk ikan cencaru sambal goreng pedas ni. Settle masalah!
Lauk simple dan sedap! Makan dengan ulam-ulam dan nasi putih panas-panas pun dah cukup. Berasap jugak la telinga ni. Tapi kalau makan takde rasa pedas, tak syok pulak kan. Resepi ni boleh jugak guna ikan lain atau ganti dengan ayam.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Tengku RosElyza Raja Muhammad kerana sudi berkongsi resepi ikan cencaru sambal goreng pedas ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!