Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Biskut Florentine Mewah Dengan Bahan Kualiti. Tapi Tak Sangka Kos Nak Buat Cuma Banyak Tu Je!
Setahun dua kebelakangan ni, time raya mesti akan cari biskut Florentine ni. Asalnya jumpa waktu raya sahaja tapi sekarang ni tak perlu tunggu musim raya pun dah senang nak dapat.
Tak dinafikan harga dia bukan lah murah sangat tapi disebabkan bahan- bahan yang digunakan untuk buat biskut ni pun bahan premium jadi tak hairanlah dengan harganya.
Memang pantang jumpa biskut ni di rumah raya, laju je tangan nak makan. Jadi, sebabkan satu keluarga suka makan biskut ni, jom kita cuba buat sendiri je.
Follow resepi biskut Florentine yang saya kongsikan ni, memang senang nak dapat kejadian yang cantik dan elok. Terima kasih jugak lah kepada Cik Puan Izzati Hamid sebab sudi kongsikan resepi biskut florentine yang sedap ni.
RESEPI BISKUT FLORENTINE
Bahan- bahan yang diperlukan adalah :
- 500 gram golden florentina
- 250 gram flake almond
- 250 gram green pumpkin seed
- 250 gram sun flower seed
- 100 gram black sesame seed
CARA PENYEDIAAN BISKUT FLORENTINE :
▶ Mula- mula sekali, goreng (sangai) atau bakar dulu semua kekacang ni lebih kurang dalam 5 minit.
▶ Kemudian, campurkan semua bahan dalam satu bekas. Kacau sekata.
▶ Seterusnya, masukkan dalam cup muffin. Boleh buat tebal atau nipis ikut kesesuaian kita. Biasanya nak makan sendiri akan buat tebal sikit.
▶ Panaskan oven, bakar selama 15 minit atau sehingga keperangan. Bakar dengan suhu 130 darjah Celsius. Bila dah keperangan je, boleh terus keluarkan dan angkat.
▶ Untuk keluarkan dari cup tu, tekan sikit bahagian bawah cup. Cup ni boleh ulang pakai.
▶ Sejukkan seketika dan boleh dimakan!
Sedapnya kalau dapat makan sambal tengok tv ke, buat kerja. Memang ralit makan biskut ni sebab bahan-bahan yang digunakan sangat sedap.
Untuk kos kalau buat sendiri lebih murah berbanding dengan kita beli. Untuk bahan yang saya kongsikan di atas ni, boleh dapat dalam 220 keping dan kos sebanyak RM47 sahaja termasuk muffin cup.
Sekali buat tu, berbaloi buat sekali banyak letakkan dalam balang. Nak makan berulang -ulang pun tak risau. Kalau nak buat nanti, boleh share dulu di laman facebook ye. Senang nanti nak cari balik waktu nak buat biskut ni.
So, kepada yang baru jumpa resepi ni dan nak cuba belajar macam mana cara nak buat biskut Florentine ni, saya ucapkan selamat mencuba!