Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Dah Biasa Makan Donat Bulat Apa Kata Cuba Donat Pintal Ni. Rahsia Bagaimana Hasilkan Doh Yang Gebuss!

0 688

Kalau sebelum ni biasa dengar makanan donat je, tapi rupanya donat ni ada pelbagai rupa dan bentuk ye sebenarnya. Cara nak buat mungkin sama, tapi beza pada cara kita nak sediakannya.

Jarang nak pandai buat kuih seperti roti dan donat ni. Bila buat je mesti tak jadi, tak naik lah, tak gebu, tak kena dengan citarasa.

Tapi tak pernah nak berhenti putus asa untuk cuba dan terus mencuba. Sampai lah terjumpa resepi Cik Puan Wan Anisa ni kongsikan macam mana nak buat donat pintal.

Pertama kali dengar nama donat pintal ni, nak beli tak tahu siapa yang jual, dekat mana boelh dapatkan. Tak tunggu lama, kita tengok terus bahan-bahannya.

Resepi Nampak mudah nak follow, jadi yang baru nak belajar, jom kita ikut step by step yang diajarkan kepada kita.

 

RESEPI DONAT PINTAL

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

BAHAN A :

  • 3 sudu besar susu pekat
  • ½ cawan air suam
  • 1 bungkus yis
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil gula

 

BAHAN LAIN :

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar marjerin

CARA PENYEDIAAN DONAT PINTAL :

▶ Mula-mula sekali, bancuh susu pekat dengan air suam. Bila susu dah larut, masukkan yis. Kacau sekejap sampai sebati, masukkan telur dan gula. Gaul rata.

▶ Tutup bekas bancuhan tu, biarkan dia mengembang

▶ Ayak tepung gandung dengan serbuk penaik. Kemudian masukkan garam, gula dan marjerin.

▶ Gaul rata sampai marjerin tak kelihatan dalam tepung

▶ Yis dah kembang, tuang masuk dalam adunan tepung.

▶ Gaul -gaulkan supaya bahan Bersatu elok. Pakai tangan lebih baik untuk dapatkan hasil doh yang lembut.

▶ Masukkan air suam sikit demi sikit sampai doh boleh diuli.

▶ Uli doh tu ambil masa lebih kurang 20 minit untuk hasilkan doh yang cantik, licin di bahagian atasnya. Biarkan seketika dia mengembang.

▶ Bila dah kembang, tumbuk – tumbuk doh untuk keluarkan angin dia.

▶ Seterusnya uli balik sampai jadi licin semula.

▶ Kalau nak buat donat biasa, kita bulat- bulat kan dia. Tapi kali ni, kita Tarik sendiri dan buat bentuk Panjang-panjang seperti dalam gambar.

▶ Lengkungkan dia dan cantumkan seperti rantai. Buat untuk 2 lengkungan sahaja.

▶ Biarkan seketika di luar lebih kurang 15 minit untuk kembangkan dia.

▶ Dah kembang elok, panaskan minyak dan sedia untuk digoreng.

▶ Goreng gunakan minyak yang panas tau. Dan jaga donat supaya tidak hangit.

▶ Akhir sekali, tabur dengan gula aising di atas donat. Sedia untuk dimakan.

BACA JUGA: Cara Buat Murtabak Mini Ayam Cheese Viral. Resepi Mudah Sedap Boleh Buat Jual Lagi!

Kalau kita buat banyak, boleh juga simpan di tempat beku untuk frozen kan dia nanti nak buat minum petang bolehlah gorengkan dan makan panas-panas.

Bila ada lebih boleh juga nak sedekahkan kepada jiran- jiran tetangga atau nak buat jualan pun ada masalah. Mana tahu ada yang suka dan berkenan dengan donat gebu dan lembut ni.

Nampak mudah je kan? Dan sebenarnya memang mudah dan senang je nak buat kalau follow resepi donat pintal yang saya kongsikan ni. Sesekali nak ubah selera daripada donat biasa kan. Untuk anak-anak boleh juga dibuat donat celup dengan coklat. Pasti mereka suka!

Saya harap perkongsian ini, memberi manfaat kepada anda semua. Yang mana nak buat nanti, boleh sharekan dulu di ruangan facebook masing- masing ye, supaya senang nanti nak cari bila tiba masa nak buat.

Saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open