Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Aneka Masakan Berasaskan Ikan Pari. Resepi Yang Mudah Dan Rasa Marvellous!

Aneka resepi ikan pari
0 21,776

Kalau ada ikan pari untuk dimasak hari ni, biasanya lauk masakan yang kita buat ada 2 jenis je. Kalau tidak masak asam pedas ikan pari mesti buat masak air asam kan. Paling tidak pun bakar dan cicah dengan kicap pedas.

Sedap tu memang tak boleh dinafikan, tapi kalau korang belum tahu banyak sebenarnya masakan yang kita boleh buat dengan ikan pari ni.

Dekat bawah ni saya kongsikan beberapa resepi yang boleh kita buat dan hidangkan untuk makan tengah hari atau makan malam. Hidangkan untuk keluarga, confirm mereka suka. Sebab masakan lain dari kebiasaan.

Boleh buat satu per satu tau nanti. Jangan risau sebab semua resepi ni mudah dan simple je untuk kita follow.

 

IKAN PARI BAKAR

Kalau teringin nak makan ikan pari bakar, boleh follow resepi ni. Serious mudah dan hasil dia pun sedap sangat bila follow resepi ni.

Tak sangka juga, buat ikan pari bakar ni ramai yang suka rupanya!

 

RESEPI IKAN PARI BAKAR

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 3 ekor ikan pari (potong 2)
  • 10 batang cili kering (buang biji dan rebus)
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang cili besar
  • 4 batang cili padi
  • garam
  • gula
  • serbuk perasa
  • asam keping
  • daun limau purut
  • daun kunyit
  • daun pisang untuk bakar
  • aluminium foil

 

CARA PENYEDIAAN IKAN PARI BAKAR :

▶ Mula-mula sekali, potong dua ikan pari dan bersihkan sebersih-bersihnya.

▶ Kisar bawang besar, bawang putih, cili kering, cili besar dan juga cili padi

▶ Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar tadi dan masak sampai garing.

▶ Dah garing, masukkan asam keping, garam, gula, dan juga sebuk perasa.

▶ Masukkan juga daun limau purut dan daun kunyit.

▶ Ambil aluminium foil, lapikkan dengan daun pisang. Ambil sambal letakkan atas daun pisang.

▶ Letakkan ikan dan letak sambal semula atas ikan tersebut. Balut kemas , dan bakar menggunakan oven atau pemanggaang ajaib.

Kredit Resepi – Erma Azizie

 

ASAM PEDAS IKAN PARI

Antara makanan favourite dan wajib buat kalau ada ikan pari. Makan dengan bendi pulak, hidangkan dengan nasi panas.

Memang wajib tambah nasi lah kalau makan dengan lauk masakan ni.

 

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Ikan pari – 4 ketul basuh bersih

 

BAHAN A (UNTUK BLEND) :

  • 6 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 1 mangkuk cili yang sudah dimesin
  • 3 cm belacan
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 sudu besar lada hitam

 

BAHAN LAIN :

  • 3 batang serai ( titik)
  • 1 sudu kecil halba
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Bendi atau terung
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam dan Gula
  • Minyak untuk menumis

 

CARA PENYEDIAAN ASAM PEDAS IKAN PARI :

▶ Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan sedikit

▶ Masukkan bahan-bahan kisar dengan serai. Tumis hingga garing dan pecah minyak.

▶ Dah garing, masukkan gula. Dalam satu sudu kecil je. Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan.

▶ Bila rasa dah sebati, masukkan ikan. Kacau sedikit, masukkan air asam jawa.

▶ Seterusnya, masukkan bendi atau terung. Masak sehingga lembut.

▶ Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Biarkan sehingga mendidih. Tutup api

Kredit Resepi – Muszy Marhaban

 

PARI MASAK LEMAK CEKUR CILI PADI

Masakan kampung macam ni, jarang nak tolak. Sedap betul kalau dapat makan dengan nasi panas tu. Terima kasih owner yang sudi kongsikan resepi awesome ni!

 

RESEPI PARI MASAK LEMAK CEKUR

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

 

BAHAN A (KISAR) : 

  • 3 biji bawang merah
  • 3- 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 3-4 ulas ubi cekur
  • 5-6 biji cili padi

BAHAN B : 

  • Ikan pari
  • Serbuk kunyit
  • halia ( tumbuk)
  • bawang putih  (tumbuk)

 

CARA PENYEDIAAN PARI MASAK LEMAK CEKUR CILI PADI :

▶ Gaul ikan dengan bahan-bahan B. Serbuk kunyit, halia dan juga bawang putih yang ditumbuk dan juga garam.

▶ Goreng sehingga ikan pari separuh masak.

▶ Kemudian, panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan blend. Tumis sampai naik bau wangi.

▶ Seterusnya, masukkan hirisan daun cekur.

▶ Masukkan ikan pari goreng tadi dan gaul dengan semua bahan.

▶ Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan santan.

▶ Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

▶ Bila kuah dah mendidih rasa dah okay, boleh padamkan api.

Kredit Resepi – Ana Lu’lu

 

KARI IKAN PARI

Pernah makan ikan pari masak kari? Resepi unik ni tak jarang yang cuba. Jom cuba resepi ni.

Kuah kari boleh lebihkan nanti boleh makan roti jala untuk minum petang cicah kuah kari ni. Ataupun cicah dengan roti putih pun dah okay sangat!

 

RESEPI KARI IKAN PARI

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 kg ikan pari
  • 1 biji nenas madu saiz kecil, kupas buang empulur dan hiris kasar
  • 2 batang serai, diketuk
  • 1 genggam daun kesom
  • 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
  • 1 camca besar pes asam jawa
  • 1 senduk nasi penuh cili kisar
  • 1  1/2 camca besar rempah kari ikan (Baba’s)*
  • 1/3 cawan air* (*disatukan dan kacau rata)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS 
  • 8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3/4 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras, hiris
  • 1/2 inci belacan. dibakar
  • 2 biji cili merah, buang bijinya
  • 2 keping hirisan nenas
BAHAN-BAHAN TUMIS 
  • 4 biji bawang merah, hiris
  • 1 ulas bawang putih, hiris
  • 2 tangkai daun kari, dilurut

 

CARA PENYEDIAAN KARI IKAN PARI :

▶ Ikan pari dipotong pada saiz sederhana, cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 15 minit, kemudian cuci semula dan toskan.

▶ Panaskan minyak dalam periuk (anggaran dalam 1/2 cawan). Masukkan bahan-bahan tumis dan serai titik. Tumis hingga naik bau harum dan bawang layu.

▶ Masukkan bahan-bahan kisar halus dan masak hingga terbit minyak, tambah cili kisar dan rempah kari.

▶ Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga rempah garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan gaul rata. Masak sekejap.

▶ Tuang air secukupnya (anggaran 750 ml), kacau dan biar mendidih. Masukkan nenas, bunga kantan dan ikan pari. Kacau perlahan dan biar mendidih.

▶ Tambah daun kesom. Perasakan dengan garam secukupnya dan juga sedikit gula. Masak hingga ikan masak dan nenas lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

▶ Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman.

Kredit Resepi – Kesavan Supramaniam

BACA JUGA: Pelbagai Resepi Masakan Menggunakan Sunquick. Serious Rasa Lebih Sedap Dan Padu!

IKAN PARI MASAK ASAM KUNYIT

Jarang nak jumpa masak asam ikan pari ni. Tapi sekali dah rasa confirm suka. Rasa masam-masa kuahnya tu, ngam makan dengan nasi panas-panas dan gigit sekali cili untuk bagi balance rasa.

Terima kasih sebab kongsikan resepi yang marvellous ni. Bertambah nasi!

 

RESEPI IKAN PARI MASAK ASAM KUNYIT

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Ikan pari secukupnya
  • 1/2 cawan air asam jawa (sederhana pekat)
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil jintan manis ( tumbuk guna lesung batu)
  • 3 batang serai diketuk
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 sudu kecil garam
  • serbuk perasa
  • 1 gelas air untuk kuah
  • 2 senduk minyak masak untuk menumis

BAHAN HIRIS :

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 12 biji cili padi belah tengah jangan putus

BAHAN HIASAN :

  • Cili merah
  • Cili hijau

 

CARA PENYEDIAAN IKAN PARI MASAK ASAM :

▶ Panaskan minyak. Tumis bahan hiris dan jintan manis yang ditumbuk hingga naik bau

▶ Masukkan serai dan serbuk kunyit. Kacau seketika supaya sekata.

▶ Kemudian, masukkan air asam jawa, garam, dan serbuk perasa.

▶ Tumis hingga betul-betul terbit minyak. Dah naik minyak, masukkan air

▶ Biarkan sampai air mendidih, masukkan ikan pari dan daun kunyit. Bila dah pekat, masukkan cili merah dan cili hijau.

▶ Kacau sekejap dan dan tutup api.

Kredit Resepi – Resepi Dunia

 

IKAN PARI AYAM MASAK SINAGOL

Fuuh! First time dengar nama masakan ni. Tapi bila tengok pada gambar macam berselera je nak makan!

Jangan confuse pulak, ikan pari ni memang ada beberapa nama. Ada yang panggil ikan pari bunga, ikan pari hitam, ikan pari ayam pun ada. Jom saya kongsi cara nak buat masak sinagol ni.

 

RESEPI IKAN PARI AYAM MASAK SINAGOL

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

BAHAN A : 

  • Ikan pari Ayam / Ikan Pari Bunga

 

BAHAN B : 

  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • cili padi ( ikut kepedasan kita nak)

 

BAHAN LAIN :

  • 30ml air asam jawa
  • 2 biji tomato ( belah 4)

 

CARA PENYEDIAAN IKAN PARI AYAM MASAK SINAGOL :

▶ Mula-mula sekali, rebus dulu ikan pari sehingga masak. Ikan pari ni potong kecil-kecil sahaja tau.

▶ Bila ikan sudah lembut dan masak, hancurkan ikan. Jangan terlalu hancur dan jangan terlalu kasar

▶ Kisar halus semua bahan-bahan B. Kemudian panaskan minyak, tumis bahan tadi sehingga garing dan pecah minyak.

▶ Masukkan bahan perasa seperti garam, gula dan serbuk perasa.

▶ Bila rasa dah okay, boleh masukkan ikan pari tadi.

▶ Seterusnya, masukkan juga air asam jawa dan juga tomato.

▶ Gaul semua bahan sekata. Dan sedia untuk dihidangkan!

Kredit Resepi – Sherilyn Aidala

 

Waah! Banyak juga ye resepi yang boleh kita buat dengan ikan pari ni. Semuanya namapk sedap dan menyelerakan je. Boleh lah kita buat dan masukkan dalam list wajib cuba!

Seronok betul rasa bila ada resepi macam ni. Senang nak tengok masakan apa yang sesuai dengan sesuatu bahan utama. Saya harap perkongsian begini dapat membantu korang yang mencari idea nak masak apa dengan ikan pari.

Kepada yang baru nak mencuba semua resepi masakan ikan pari ni, jangan lupa sharekan dulu di wall facebook supaya mudah kita nak rujuk semula bila nak buat nanti.

Saya ucapkan selamat mencuba kepada kawan-kawan semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open