Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Pelbagai Resepi Masakan Menggunakan Sunquick. Serious Rasa Lebih Sedap Dan Padu!

Koleksi resepi sunquick
0 1,727

Tak sangka betul, hanya gunakan sunquick tapi boleh beri kesan rasa yang menakjubkan. Tidak hanya untuk buat air minuman, tapi masakan menggunakan sunquick termasuklah digunakan dalam kek. Serious memang sedap!

Ada antara resepi yang saya akan kongsikan ni merupakan resepi orang dulu-dulu, resepi makanan pengantin, resepi dari negara jiran kita. Lain caranya tapi rasanya sudah pasti berbaloi-baloi nak buat!

Jom saya kongsikan beberapa resepi yang kita boleh buat dengan menggunakan sedikit pati sunquick. Semua resepi ni wajib korang save dulu supaya nanti boleh buat satu persatu.

Jangan risau, sebab resepi-resepi yang saya kongsikan ni semuanya mudah nak buat, bahan senang nak dapat dan rasa dia memang terbaik!

 

CITARASA UDANG EPAL 

Walaupun nama dia udang epal tapi nak bila buat sambal dia masukkan sedikit perasa sunquick terus jadi sedap berganda. Sebelum ni nak buat sambal apa, kosong je. Rupanya guna sunquick rahsia nak bagi jadi sedap!

 

RESEPI CITARASA UDANG EPAL

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 300 gram udang saiz sederhana
  • 1/2 labu bawang besar hiris
  • 3 sudu minyak masak untuk menumis
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar pati oren sunquick
  • garam dan gula
  • 1 biji epal dibuang kulit dan empulur (guna epal hijau pun okay)

BAHAN KISAR

  • 6 tangkai cili kering
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 inci halia

 

 

CARA PENYEDIAAN CITARASA UDANG EPAL :

▶ Mula-mula sekali bersihkan udang, buang kepala dan tali hitamnya. Tak perlu buang kulit.

▶ Gaulkan udang dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak, goreng dengan api yang sederhana besar sehingga masak. Angkat dan toskan

▶ Dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi dan masak sehingga pecah minyak. Masukkan sekali bawang hiris tadi.

▶ Kemudian, masukkan daun kari, daun limau purut serta serbuk ketumbar. Serbuk ketumbar ni hendaklah disangai terlebih dahulu.

▶ Kacau semua bahan hingga sebati. Tambah 1/w2 cawan air jika terlalu kering.

▶ Masukkan gula dan garam ikut rasa masing-masing. Kemudian masukkan pati sunquick dan kacau sehingga pekat sedikit.

▶ Akhir sekali, epal yang dihiris nipis ( Seperti wedges kentang) masukkan sekali dalam kuali dan  kacau sehingga sekata.

Kredit Resepi – Sulmala Ya’acob

 

AYAM PANGGANG SUNQUICK MADU ROSEMARY

Jarang nak jumpa ayam panggang dengan sunquick ni. Biasa makan yang dekat pasar malam je, itu pun dah sedap. Bila ada tambahan perisa sunquick ni mulanya memang lah agak risau.

Tapi bila dah rasa, memang terbaik pulak rasa dia! Follow resepi Noriza Nispu ni memang sedap dan menjadi.

 

RESEPI AYAM PANGGANG SUNQUICK MADU ROSEMARY

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 ekor ayam (potong 4)
  • Bawang merah – kisar halus
  • Bawang putih – kisar halus
  • Halia – kisar halus
  • Sos tiram
  • 1 – 2 sudu makan Sunquick perisa original
  • Sedikit garam
  • 1 kiub pati ayam
  • Rosemary
  • Madu

 

CARA PENYEDIAAN AYAM PANGGANG SUNQUICK MADU ROSEMARY :

▶ Basuh bersih ayam . kelar-kelar sedikit bahagian ayam supaya bahan perapan masuk ke isi ayam.

▶ Satukan semua bahan-bahan di atas dan gaulkan bersama ayam.

▶ Perap dengan ayam lebih kurang dalam 2 jam. Lagi lama, lebih sedap dan ayam lebih juicy

▶ Cukup masa, panggang ayam menggunakan pemanggang ajaib.

▶ Masak sehingga hampir masak, kemudian, sapukan lagi bahan perapan pada ayam. Masak sehingga ayam masak sepenuhnya.

Kredit Resepi – Noriza Nispu

 

AYAM SUNQUICK OREN 

Lauk masakan macam ni biasa dekat hotel boleh lah jumpa nak merasa. Resepi Janet Koh ni simple je nak buat tapi rasa dia memang sedap. Masam-masam pedas dia tu memang padu!

RESEPI AYAM SUNQUICK OREN

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Ayam guna bahagian paha ( tak ada tulang)
  • 1 sudu besar Kicap
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil Lada Putih
  • Abalone @ Sos tiram
  • 3 sudu Tepung jagung

SOS OREN : 

  • Sunquick
  • Air
  • Gula
  • Tepung jagung

 

CARA PENYEDIAAN AYAM SUNQUICK OREN :

▶ Mula-mula sekali, basuh ayam bersih dan perap seketika dengan kicap, garam, lada putih dan juga sos tiram atau abalone.

▶ Perap sekejap dlam 1-2  jam. Untuk buat banyak, boleh gandakan bahan perapan tau.

▶ Dah cukup masa, angkat ayam, dan golekkan dalam tepung jagung sebelum mula menggoreng dalam minyak panas.

▶ Untuk sos pula, bancuh sunquick dengan air dahulu. Masukkan dalam kuali baru lah masukkan gula ikut kemanisan yang kita suka. Letak sikit je pun dah okay.

▶ Bila dah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk likatkan sos kita.

▶ Akhir sekali, kuah dah pekat tuangkan ke atas ayam yang kita dah goreng tadi. Ayam boleh gunting kecil untuk mudah dimakan.

Kredit Resepi – Janet Koh

 

AYAM SAMBAL SUNQUICK

Kalau buat nasi beriani, boleh cuba buat lauk ayam sambal sunquick ni. Simple nak buat dengan rasa super sedap. Kalau nak buat lauk ni, nak buat makan dengan nasi putih sekali pun boleh buat kita bertambah.

Resepi yang dikongsikan oleh Muhtasib Raudah ni memang sedap dan marvellous!

 

RESEPI AYAM SAMBAL SUNQUICK

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1/2 ekor ayam ( dipotong kecil)
  • Garam
  • Kunyit
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 sudu besar cili kering kisar
  • 5 sudu kicap
  • 1 inci halia
  • Lada Solok
  • Lada Merah
  • Garam atau Serbuk Perasa
  • 6 sudu Sunquick
  • Sedikit air

 

CARA PENYEDIAAN AYAM SAMBAL SUNQUICK :

▶ Mula-mula sekali, basuh ayam bersih dan gaulkan dengan kunyit dan garam. Goreng sehingga masak tapi jangan sampai garing

▶ Hiris mayang bawang besar, bawang putih, lada solok, lada merah serta halia.

▶ Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan. Masukkan cili kering kisar dan blend sehingga garing dan naik minyak.

▶ Masukkan lada solok, lada merah. Biarkan seketika.

▶ Seterusnya, masukkan kicap, garam, serbuk perasa dan juga sunquick. Gaul semua bahan sehingga sekata. Boleh masukkan air jika kuah terlalu kering.

▶ Ayam yang sudah digoreng tadi, boleh masukkan sekali dalam kuah sambal kita ni. Gaul semua bahan sebati dan sedia untuk dihidangkan!

Kredit Resepi  – Muhtasib Raudah

BACA JUGA: Cara Buat Spaghetti Spicy Buttermilk Yang Sedap. Hidangan Simple Untuk Seisi Keluarga!

SOTONG MASAK SUNQUICK

Kalau sebelum ni semua masakan ayam dan udang je, haa kali ni jom saya share resepi pakai sotong pulak. Menariknya, sotong yang digunakan ni sotong dalam tin je tau. Serious sedap!

 

RESEPI SOTONG MASAK SUNQUICK

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 tin sotong
  • 7-8 sudu pati sunquick
  • bawang merah ( dihiris )
  • Bawang putih ( dihiris )
  • Lada besar merah ( dihiris )
  • Lada besar Hijau ( dihiris )
  • Halia ( dihiris )

 

CARA PENYEDIAAN SOTONG MASAK SUNQUICK :

▶ Mula -mula sekali, gunting sotong dalam tin tu kepada kepingan lebih kecil.

▶ Hiris semua bahan-bahan di atas dan basuh serta toskan seketika.

▶ Panaskan minyak, dan masukkan semua bahan hirisan tadi. Gaul sampai semua bahan sebati dan sedikit layu

▶ Masukkan pula sotong tadi dengan airnya sekali. Biarkan sehingga mendidih

▶ Dah mendidih, masukkan sunquick. kacau semua bahan agar sebati.

▶ Tak perlu masukkan garam sebab air sotong dah masin dan pati sunquick dah manis.

▶ Untuk rasa yang pedas, boleh masukkan cili padi. Makan dengan nasi putih ni memang sedap!

Kredit Resepi – Aisyah Zainal

 

AYAM BAKAR KENNY ROGERS SUNQUICK

Biasa buat ayam bakar dan ayam panggang ni, tapi tak pernah pulak gunakan sunquick. Tapi sekali dah cuba, memang tak akan cuba resepi lain dah. Memang padu!

RESEPI AYAM BAKAR KENNY ROGERS SUNQUICK

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 ekor ayam
  • 2 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 sudu besar pati oren sunquick
  • 1 senduk sos black pepper
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1 biji ubi kentang
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula pasir
  • Kentang, brokoli, tomato ceri (optional)
sebelum dibakar

CARA PENYEDIAAN AYAM BAKAR KENNY ROGERS SUNQUICK : 

▶ Ayam basuh bersih-bersih dan tak perlu potong. Biarkan masak seekor begitu. Namun, jika oven kita kecil boleh potong 2 atau potong 4.

▶ Kisar semua bahan -bahan di atas dengan menggunakan sedikit air. Dalam 1/4 cawan sahaja.

▶ Kemudian, gaulkan bahan kisar dengan ayam. Pastikan semua tempat kena dengan ayam.

▶ Perap ayam dalam 2 jam untuk bagi bahan perapan sebati dengan ayam

▶ Panaskan oven, dan bakar selama 45 minit dengan suhu 200 darjah celcius. Gunakan api atas bawah.

▶ Gunakan suhu tinggi (200) ni, untuk hasilkan ayam yang garing di luar tapi juicy dan lembut di dalam.

** Apa-apa pun bergantung kepada oven masing-masing ya.

Kredit Resepi – Majidah Kepeli

Banyak rupanya makanan dan masakan yang boleh kita buat dengan menggunakan perisa sunquick ni kan. Selama ni ingatkan gunanya untuk buat minuman je. Itu pun hanya pada waktu raya! Bila ada lebih ni, boleh kita cuba setiap satu resepi yang saya kongsikan ni.

Ramai yang tak percaya, tapi perisa sunquick ni kalau buat masakan memang sedap dan lengkap rasa dia. Dengan masam-masam manis tu, akan hasilkan masakan yang marvellous!

Share dulu resepi Masakan Menggunakan Sunquick ni facebook supaya mudah nak search balik dan mana tahu ada orang lain juga dapat manfaat daripada perkongsian kita ni kan.

Untuk yang baru nak mula cuba buat menu-menu yang saya kongsikan ni, saya ucapkan selamat menjamu selera ya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open