Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ayam Sambal Bali Yang Super Mudah, Sedap Dan Berhantu. Ikut Step By Step Confirm Menjadi!
Resepi ayam sambal bali pernah viral dan menjadi fenomena satu ketika dulu. Ramai yang tak henti-henti mencubanya. Dan sehingga hari ini, ayam sambal bali ini masih menjadi kegilaan dan ramai yang berkongsi tentang keenakannya.
Resepi ayam sambal bali ini seakan hidangan ayam masak merah. Yang membezakannya adalah penggunaan serai dan daun kari yang banyak. Baunya juga wangi dan cukup menyelerakan. Makan dengan nasi putih panas pun sedap sangat.
Lauk ini boleh dihidang bila-bila masa yang anda suka. Tak kira lauk makan malam ataupun siang. Memandangkan dah nak raya, anda juga boleh menggunakan resepi ini untuk hidangan dipagi raya. Mesti ramai yang suka.
Selain dimakan dengan nasi putih, ayam sambal bali juga sangat sedap dimakan dengan lemang. Boleh juga dihidang bila ada majlis kenduri kendara untuk menggantikan hidangkan ayam masak merah.
Nak dapatkan resepi ayam sambal bali yang power, kena ikuti resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Beliau Aisha Shukor ini. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini difacebook.
RESEPI AYAM SAMBAL BALI
Sukatan resepi ini adalah untuk satu ekor ayam. Sangat Sesuai dihidang untuk satu family. Nak buat sikit boleh adjust sukatanya. Mari kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Seekor ayam (dibersihkan)
- Serbuk Kunyit
- 1/2 sudu besar garam
- 2 senduk gula
Bahan kisar :
- Segenggam cili kering
- 8 biji bawang besar merah
- 8 ulas bawang putih
- Sedikit belacan
- 8 btg serai yang gemok (dititik)
- 8 helai daun kari gemok (dileraikan)
CARA PENYEDIAAN AYAM SAMBAL BALI :
▶️ Panaskan minyak setengah kuali dan goreng ayam. Tak perlu terlalu garing, angkat dan toskan.
▶️ Minyak lebih goreng ayam tu ambil sedikit untuk menumis. Goreng serai yang dititik. Titik serai sampai betul-betul pecah dan goreng sampai nak coklat warnanya.
▶️ Masukkan daun kari, goreng seminit sampai garing. Jangan sampai hangit.
▶️ Masukkan bahan kisar tadi dan tumis sampai garing dan cili betul-betul masak.
▶️ Renjis kicap lemak masin, renjis dalam 8 kali renjisan sampai dapat warna maroon macam dalam gambar.
▶️ Jangan terlebih kicap, perasakan dengan garam setengah sudu besar dan letak gula dua senduk yang tidak membumbung. Masak seminit lagi.
▶️ Masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul dan biarkan masak sebati dalam 10 minit.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Pavlova Montok Yang Mudah Dan Sedap. Boleh Ditoppingkan Dengan Apa Saja Jenis Buah Yang Anda Suka!
Kalau guna kicap lemak manis pula, perasakan dengan sukatan 2 sudu garam dan 2 sudu gula atau ikut citarasa anda. Hasil dari perkongsian beliau difacebook, sebanyak 5K share yang kita dapat lihat.
Sehingga hari ini, ayam sambal bali ini masih lagi digilai ramai. Dimakan dengan telur dadar pun sedap. Tak perlu lauk lain lagi. Ada yang mengatakan, resepi ayam sambal bali ini lebih sedap bila dimakan selepas beberapa jam atau selepas semalaman.
Pastikan dipanaskan sebelum dimakan ye. Kepada mereka yang belum pernah mencubanya, apa kata anda ikuti resepinya disini. Semoga resepi ayam sambal bali ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!