Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Spaghetti Spicy Buttermilk Yang Sedap. Hidangan Simple Untuk Seisi Keluarga!

0 8,184

Lama juga tak makan spaghetti. Siapa yang suka makan spaghetti memang wajib cuba resepi yang saya bakal kongsikan ni. Ada yang suka makan spaghetti carbonara, Bolognese, oglio lah.

Dalam banyak-banyak resepi yang dikongsikan saya paling suka nak kongsikan spaghetti spicy buttermilk yang sedap dan marvellous ni.

Resepi nak buat spicy buttermilk spaghetti ni dikongsikan oleh Tuan Ash ( Foodhunter ) kita ni. Nampak macam mudah dan senang je nak buat dia. Bahan -bahan [un senang nak dapat.

Ramai juga yang dah buat hanya dengan follow resepi yang dikongsikan ni. Katanya rasa spaghetti ni memang sedap dan padu! Jom saya kongsikan!

 

RESEPI SICY BUTTERMILK SPAGHETTI

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 sudu besar Butter
  • 10 helai Daun Kari
  • 5 biji Cili Padi ( cincang )
  • 3 ulas Bawang Putih ( cincang )
  • 1 atau 2 cawan Susu Cair
  • Tepung Jagung ( letak sikit then kacau tengok pekat kuah )
  • 1 cubit Serbuk kunyit
  • Udang/ sotong

CARA PENYEDIAAN SPICY BUTTERMILK SPAGHETTI :

▶ Mula-mula, rebus spaghetti dengan sedikit minyak. Rebus sehingga lembut.

▶ Dalam kuali lain, cairkan butter hingga cair sepenuhnya.

▶ Kemudian, masukkan daun kari, bawang putih dan juga cili padi. Tumis sekejap sehingga naik bau.

▶ Seterusnya, masukkan udang atau sotong. Gaulkan sehingga lauk yang kita masukkan tu masakan sepenuhnya. Jika masak sotong, gaul sekejap sahaja sebab sotong jika masak terlebih lama nanti dia liat.

▶ Bila binatang dah masak, masukkan susu segar. Gaul sehingga bahan semua sekata.

▶ Masukkan tepung jagung dan kacau sentiasa hingga kuah jadi pekat dan likat.

▶ Akhir sekali, masukkan serbuk kunyit dan kacau semua bahan supaya sekata.

▶ Bila kuah dah sebati, boleh masukkan spaghetti yang kita dah rebus awal-awal tadi.

▶ Gaul sehingga sebati dan boleh padamkan api.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Resepi Soto Yang Sedap Dan Senang Nak Buat. Hidangan Yang Tepat Untuk Buat Minum Petang!

Waah! Bila tengok pada resepi, senang dan mudah je kan nak buat. Ni kalau dah siap ada depan mata, memang makan tak ingat orang lain dah. Sebelum makan, taburkan dulu dengan chili flake dan juga serbuk parsley.

Makan waktu masih panas-panas memang sedap dan confirm tak cukup kalau hanya makan sepinggan je. Nak buat makan untuk makan malam boleh, atau nak buat bawak pergi berkelah pun sesuai!

Nanti boleh cuba buat Spaghetti Spicy Buttermilk ni dan hidangkan kepada keluarga tersayang! InsyaAllah pasti ramai yang suka. Untuk anak-anak boleh kurangkan cili padi yang digunakan.

Untuk yang baru nak cuba, saya ucapkan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open