Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Ikan Celup Tepung Macam Di Pantai Timur. Rahsia Resepi Hasilkan Tepung Yang Rangup!
Biasanya kalau nak rasa makan makanan celup tepung ni, wajib pergi ke Terengganu! Nak rasa yang pior dan original dibuat oleh warga tempatan sana. Sedapnyaa tu lain dari yang lain.
Kalau tempat kita biasa petang- petang makan pisang goreng, keropok lekor dan ubi goreng kan. Tapi di sana ada sotong, udang, cendawan, ikan semua celup tepung!
Sambil makan, sambal menghayati suasana yang tenang di tepi pantai dengan angin sepoi-sepoi Bahasa je. Memang tenang rasa bila dapat feeling jalan-jalan dan ambil angin dekat dengan pantai di negeri Pantai Timur.
Sekarang ni, dah ramai juga orang Terengganu yang dah berpindah dari Terengganu ke negeri lain. Jadi tersebar juga resepi cara nak buat masakan celup tepung yang sedap dan original ni.
Salah satunya, resepi daripada Cik Puan Siti Aisyah Mohd Zain kita ni yang mana kongsikan macam mana nak buat ikan celup tepung yang super sedap. Dengan bancuhan tepung ni, boleh lah buat dengan apa yang kita suka.
RESEPI IKAN CELUP TEPUNG
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Tepung beras
- Garam
- Kunyit serbuk
- Telur 1 biji
- Ikan 9 ekor
- Kelapa parut sikit
- Air kapur
CARA PENYEDIAAN IKAN CELUP TEPUNG
▶ Tepung beras gaul bersama telur, garam, serbuk kunyit dan air kapur dan kelapa parut.
▶ Baru masukkan air sikit demi sikit, bagi terlalu cair dan jangan terlalu pekat. Jangan pekat sangat adunan, kalau cair tepung tak melekat.
▶ Lepas tu celup ikan dalam tepung dan goreng.
▶ Minyak kena betul-betul panas baru masukkan ikan, bagi garing dulu dan baru balikkan ikan.
▶ Makan bersama sos keropok lekor. Orang terengganu panggil cuke kepok.
TIP :
▶ Masukkan kelapa parut tu petua orang lama. Nanti tepung akan jadi lebih rangup.
Sambil makan ikan celup tepung ni, hidangkan sekali dengan air kelapa atau orang Terengganu panggil air nyor. Sedapnyaa tu!
Jadi lepas ni nak makan ikan celup tepung dah senang lah sebab boleh buat sendiri follow je resepi yang saya kongsikan ni.
Bukan hanya ikan, nak buat dengan sotong, udang, cendawan pun sedap dengan guna bancuhan tepung yang sama. Share kan dulu dekat wall facebook supaya mudah kita nak buat carian semula nanti.
Untuk yang baru nak cuba buat makan ikan celup tepung ni, saya ucapkan selamat menjamu selera!