Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kek Lumut Kukus Yang Paling Sedap. Simpan Lama, Lagi Sedap Rasa Kek Ni!

0 210

Bangun pagi ni terus buka Facebook. Terjumpa pulak resepi kek lumut. Aku tak pernah try makan kek ni. Orang kat kek ni kalau simpan lama lagi sedap. Betul ke? Ha kalau nak tahu betul ke tidak, meh kita try buat kek lumut ni kat rumah.

Kek lumut ni bukan jenis bakar tapi di kukus. Dan perlu dikukus selama 3-6 jam. Fuh! lama jugak kalau sampai 6 jam. Lepas baca serba sedikit pasal kek ni, sebenarnya boleh je kalau kita nak kukus kek dalam masa 3 jam. Elok je masaknya.

Buat apa nak kukus lama-lama kalau dalam 3 jam je kek dah masak dengan sempurna. Ye dok! Buat habis gas dapur je kan. Ramai yang kata kek ni sedap. Tengok colour dia pun dah lebih kurang macam lumut. Patutlah panggil kek lumut.

Resepi kek lumut kukus ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nor Hairiyah Hassim. Hasil dari perkongsian beliau, resepi ni dah cecah 7.3k perkongsian di Facebook. Ramai yang tertarik dengan resepi ni tau!

Orang Malaysia memang suka makanan-makanan viral macam ni. Mesti kek ni mahal kalau beli kat luar. Mana tak nya, lama jugak proses nak kukus kek ni. Tapi rata-rata yang kata, hasil kek ni sangat lembut, moist dan semestinya sedap.

RESEPI KEK LUMUT KUKUS

Mesti tak sabar nak makan kan. So, tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kek lumut kukus ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 6 biji telur
  • 250g unsalted butter/ buttercup
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin horlicks
  • 1 cup kaya yang kecik tu
  • 1/2 tin nestum (blend)
  • 1 tin tepung gandum
  • Esen vanilla
  • 3sb perisa pandan
  • Pewarna hijau (star brand)
**Sukatan tin tu, guna tin susu pekat tu je

CARA PENYEDIAAN KEK LUMUT KUKUS : 

▶️ Mixed butter sampai kembang.

▶️ Masukkan telur satu-satu. Setiap 1 putar dalam 2 minit macam tu.

▶️ Masukkan esen vanilla perisa pandan pewarna hijau putar lagi.

▶️ Masukkan susu pekat horlick kaya dan nestum.

▶️ Masukkan tepung gandum. Gaul sebati.

▶️ Masukkan dalam loyang atau tupperware. Jangan sampai penuh ye. Sebab kek ni akan naik walaupun takde bahan penaik.

▶️ Tutup kek dengan alluminium foil atau plastik wrap.

▶️ Hentak sikit loyang dan kukus dengan api sederhana selama 3-6 jam.

 

BACA JUGA : Resepi Rendang Kacang Untuk Kenduri. Confirm Sedap Dan Bertambah Nasi Dibuatnya!

 

Dah siap pun kek lumut kita. Benda dah lama viral! Tapi tahun ni baru ada kesempatan nak buat. Akhir penutupan tahun 2023 pulak tu. Ada yang tanya, kenapa kukus 3 jam? Tujuannya adalah untuk dapatkan warna yang sama dengan lumut.

Pejam celik, pejam celik. Tahun 2023 dah nak berakhir. Masuk pulak tahun 2024. Lepas tu nak puasa, lepas sebulan dari tu kita nak raya pulak. Ha, raya tahun ni try la buat kek lumut kukus. Tetamu confirm teruja bila dapat makan kek ni.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nor Hairiyah Hassim kerana sudi berkongsi resepi kek lumut kukus yang moist dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open