Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Jumbo Banana Nut Muffins. Lembut, Gebu Dan Confirm Sedap Sangat Rasa Muffin Ni!

0 48

Dah lama perhati resepi jumbo banana nut muffins ni. Kebetulan ada pulak lebihan pisang montel kat dapur, terus plan nak buat muffin pisang versi ni. Nampak sedap! Tekstur dia pun lembut, gebu dan confirm anak-anak pun suka.

Jumbo banana nut muffins ni sesuai buat hidangan breakfast dan minum petang. Buat sikit tak puas makan katanya. Kalau korang suka makan muffin pisang, boleh la buat lebih sikit muffin ni. Makan panas-panas pun sedap tau.

Muffin ni ada topping yang diperbuat daripada chopped walnuts/pecans, brown sugar dan butter yang dicairkan. Nampak garing ye kacang kat bahagian topping tu, tapi bahagian muffin memang lembut dan gebu. Tak cukup sebijik makan nanti.

Topping muffin ni boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing. Boleh letak chocolate chip, cream, jem dan macam-macam lagi. Lebihan pisang yang ada kat rumah tu, try la buat jumbo banana nut muffins. Buat sendiri lagi jimat dan puas hati.

Resepi jumbo banana nut muffins ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Lina Thomas. Memang jumbo saiz muffin kita ni. Beza dengan saiz muffin yang biasa kita makan. Sebijik je dah sendawa dibuatnya!

RESEPI JUMBO BANANA NUT MUFFINS

Resepi pun dah ada, apa kata kita tengok satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan jumbo banana nut muffins ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 3 biji pisang montel cavendish
  • 3/4 cawan gula
  • 1 biji telur grade A
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1/4 sudu kecil serbuk buah pala
  • 3/4 cawan chopped walnuts/pecans

 

Bahan untuk topping : 
  • 3/4 cawan chopped walnuts/pecans
  • 2 sudu besar brown sugar
  • 1 sudu besar butter (dicairkan)

CARA PENYEDIAAN JUMBO BANANA NUT MUFFINS : 

▶️ Panaskan oven pada suhu 175C (350F).

▶️ Dalam mangkuk masukkan pisang, gula, telur dan minyak masak. Guna senduk kayu dan kacau sebati.

▶️ Dalam mangkuk lain, ayak tepung, baking powder, baking soda, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan garam.

▶️ Masukkan dalam mangkuk adunan pisang, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sebati.

▶️ Masukkan walnuts/pecans dan kacau lagi.

▶️ Kaut adunan ke dalam acuan muffin menggunakan sudu atau scoop ais krim, tabur bahan topping.

▶️ Bakar selama 25 minit.

Cara penyediaan topping : 
▶️ Dalam mangkuk kecil, satukan ke semua bahan dan ketepikan. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Ayam Phat Phet Yang Lengkap Dengan Rasa Pedas, Masam, Masin Dan Manis. Sedap Sangat!

 

Mudah je kan nak buat jumbo banana nut muffins ni. Pisang Nak Buat muffin ni kena guna pisang montel. Korang nak buat saiz muffin ni kecik pun boleh ye. Takut karang ada yang tak habis makan. Kalau jumbo macam ni korang nak potong pun boleh.

Penggemar muffin pisang kena try resepi ni. Tak susah mana pun buatnya. Hidang muffin ni panas-panas time minum petang memang sedap weh! Pekena pulak kopi o panas. Fuh! Confirm terangkat dibuatnya. Cepat save dan cuba resepi ni.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Lina Thomas kerana sudi berkongsi resepi jumbo banana nut muffins yang lembut, gebu dan confirm sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open