Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ayam Phat Phet Yang Lengkap Dengan Rasa Pedas, Masam, Masin Dan Manis. Sedap Sangat!
Petang-petang macam ni dah start fikir nak masak lauk apa malam nanti. Terjumpa pulak resepi ayam phat phet ni. Kombinasi rasa pedas, sedikit masam, masin dan manis. Dapat makan dengan nasi putih panas-panas memang umphhh sangat. Sedap giler!
Ayam phat phet ni merupakan menu yang asalnya dari Thailand. Bunyi dia pun dah tahu asal menu ni dari mana kan. Seperti yang kita tahu, masakan Thai memang tak pernah mengecewakan kita. Kebanyakannya bersesuaian dengan tekak orang Melayu kita.
Tak sure kalau lauk ni ada jual kat kedai makan Siam. Tapi tengok dari cara masaknya, takde la susah mana pun. Lebih kurang sama je dengan kita resepi ayam masak pedas. Tapi versi ni korang boleh je adjust rasa pedas ikut citarasa masing-masing.
Best tau masak lauk ni. Dah siap ada sayur kacang panjang sekali kat dalam tu. Jimat masa memasak. Tak perlu nak masak sayur asing lagi. Nak masak yang simple dan sedap, boleh la try masak lauk ni. Confirm bertambah nasi dibuatnya!
Resepi ayam phat phet ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Miza Ramli Full. Viral tau lauk ni. Takat hari ni, resepi ni dah viral sampai 2.2k share dekat Facebook. Tengok kat gambar pun dah menyelerakan.
RESEPI AYAM PHAT PHET
Ramai yang dah cuba dan suka lauk ni. Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan ayam phat phet ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 500gm ayam (dipotong kecil)
- 8 ulas bawang putih *
- 1 labu bawang merah *
- 1 inci kunyit hidup *
- 20 biji cili padi atau lebih* (Nak cantik guna semua warna merah. Lagi pedas lagi sedap)
- 5 batang serai* (di potong halus)
- 5 ke 6 keping daun limau purut
- 15gm garam
- 20gm gula
- 5gm secukup rasa
- 3 sudu besar jus limau nipis
- 1 tsp lada hitam di tumbuk (optional dan lagi sedap kalau letak)
CARA PENYEDIAAN AYAM PHAT PHET :
▶️ Kisar bahan * dengan sedikit air.
▶️ Panaskan minyak, jangan terlalu banyak. Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak.
▶️ Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau sebati.
▶️ Masukkan ayam dan kacau sebati.
▶️ Masukkan daun limau purut, biarkan sehingga ayam masak dan kuah sedikit kering.
▶️ Masukkan jus limau nipis. Kacau sebati.
▶️ Masukkan kubis bunga dan kacang panjang gaul sebati. Tutup api. Jangan bagi sayur overcooked nanti tak sedap.
▶️ Kalau ada rebung jeruk masukkan dalam ni lagi umphhh!
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Homemade Assorted English Muffins Ala McDonald’s. Buat Breakfast Memang Sedap Weh!
Untuk bahan perasa seeloknya letak sikit demi sedikit ya, sebab taste setiap orang tak sama. Korang boleh adjust bahan perasa ikut selera masing-masing. Lauk ni bukan takat ada sayur kacang panjang je. Sayur kubis bunga pun ada sekali.
Kalau nak lagi sedap, korang letak sedikit lada hitam yang ditumbuk dan letak sikit rebung jeruk. Rasa dia lagi power! Sesuai buat lauk makan malam dan makan tengahari. Makan lauk ni, mesti sampai licin pinggan. Tak caye, cuba la!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Miza Ramli Full kerana sudi berkongsi resepi ayam phat phet yang lengkap dengan rasa pedas, masam, manis dan masin ini di Fcabeook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!