Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Zha Jiang Mian Atau Beijing Fried Sauce Noodles. Halal Dan Tak Susah Nak Buat Pun!

0 68

Yang suka masakan Chinese boleh try resepi zha jiang mian ni. Nama lainnya Beijing fried sauce noodles. Sedap tau! Tak susah mana pun buatnya. Yang penting halal dan terjamin bersih bila kita masak sendiri dirumah.

Sekali pandang nampak macam spaghetti bolognese. Dah dua kali pandang, eh bukan dia la. Zha jiang mian ni sangat terkenal di negara China, terutama di Beijing. Zha jiang mian ni biasanya di jual oleh peniaga tepi jalan sampai la ke hotel 5 bintang.

Sangat ramai penggemarnya. Tak kira Cina mahupun Melayu. Menu zha jiang mian ni dihidang menggunakan mi San Remo Linguine bersama sos daging kisar yang sempurna masaknya. Penggunaan daging jugak boleh dikurangkan ikut citarasa masing-masing.

Kadang rasa bosan jugak makan lauk Melayu ni kan. Masakan Cina jugak tidak kurang sedapnya. Kebanyakan daripada menu mereka lebih sihat di bandingkan menu orang Melayu. Betul tak? Menu ni sesuai buat makan malam. Korang try la nanti.

Resepi zha jiang mian atau Beijing fried sauce noodles ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Norhidayah Mohd Aripin. Boleh try masak sendiri di rumah. Kalau nak makan kat luar, terpaksa la korang cari restoran Chinese muslim.

RESEPI ZHA JIANG MIAN ATAU BEIJING FRIED SOUCE NOODLES 

Mungkin agak susah nak jumpa Chinese muslim restoran kan. So, apa kata kita masak je sendiri kat rumah. Kebetulan tekak pun teringin nak makan spaghetti. Jom la kita cuba spaghetti versi orang Beijing ni pulak.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk mee :
  • 1 pek San Remo Linguine
Rebus dan toskan. Masuk sedikit minyak dan gaul untuk elak mee melekat.

 

Bahan-bahan untuk sos : 
  • 13 ulas bawang putih dicincang
  • 7 batang daun bawang dihiris
  • 500g daging lembu kisar (boleh kurangkan)
  • Air bancuhan tepung jagung
  • 2 kuntum bunga lawang*
  • 2 ke 3 sudu besar lada Sichuan*
Bahan bertanda * dikisar menjadi serbuk. Boleh jugak tumbuk dan tapis.

 

Bancuh asing :
  • 3 ke 4 sudu besar taucu
  • 4 ke 5 sudu besar sos Hoisin (kalau tak ada, boleh skip, resepi asal guna sweet bean sauce)
  • 4 ke 5 sudu besar dark soy sauce
  • 3 sudu besar light soy sauce
  • 3 sudu besar cuka hitam (cuka putih pun boleh, resepi asal guna wine)
  • 2 sudu besar gula perang
  • Seasoning
  • Air

CARA PENYEDIAAN ZHA JIANG MIAN ATAU BEIJING FRIED SOUCE NOODLES : 

▶️ Masukkan daging kisar ke dalam kuali.

▶️ Daging dah keluarkan air, masukkan rempah kisar, bawang putih dan daun bawang.

▶️ Naik bau, masukkan bancuhan sos.

▶️ Boleh tambah air tapi jangan terlalu banyak.

▶️ Perasakan garam jika perlu. Garam masuk sikit, kemudian tambah rasa masin dengan taucu.

▶️ Tambah serba sedikit sos jika ada terkurang rasa. Bancuhan sos hanya anggaran.

▶️ Bila semua rasa dah ada, masukkan air tepung jagung dan kacau.

Cadangan Hidangan :

▶️ Dihidang bersama parutan timun batang dan lobak merah.

▶️ Jika suka extra pedas, boleh dimakan bersama chili oil. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Jumbo Banana Nut Muffins. Lembut, Gebu Dan Confirm Sedap Sangat Rasa Muffin Ni!

 

Wah! Cara nak masak zha jiang mian ni senang je kan. Rebus mi dulu dah tu buat sos. Sebijik macam step memasak spaghetti bolognese. Bahagian sos tu korang boleh guna daging lembu yang segar. Tapi kalau guna yang frozen pun takde masalah.

Resepi ni confirm halal! Gaul mi dan sos sebati dan tuang pulak minyak cili pedas cina, lagi sedap weh! Kat mana tak halalnya resepi ni? Kalau perasan, penggunaan wine telah digantikan dengan cuka hitam. Untuk daging pulak, kita gunakan daging lembu.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Norhidayah Mohd Aripin kerana sudi berkongsi resepi zha jiang mian atau Beijing fried sauce noodles ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open